Ada Menu Rahmah! Kini ada Menu Farhanah pula! Ada syarat! Perlu makan sampai habis! Jangan membazir!

Published by
KitaReporters


Menu Rahmah yang menawarkan harga serendah RM5 diperkenal oleh Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup sejak bulan Januari 2023 lalu mendapat sokongan dari Farhanah Catering dengan set menu seperti Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Kerabu Daging Bakar, Nasi Goreng lauk ayam serta sotong krispy.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Farhana Catering dalam laman Facebooknya, setiap pelanggan berpeluang menikmati Menu Farhanah pada harga RM4.90 untuk dua sesi waktu iaitu pagi pada pukul 8 hingga 10 pagi dan waktu malam pula bermula 8 hingga 10 malam sehingga 10 Februari 2023 ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan harga murah


Walau bagaimanapun, setiap pelanggan perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk menikmati inisiatif Menu Farhanah antaranya perlu menghabiskan set makanan yang telah ditempah untuk elakkan pembaziran serta hanya boleh untuk dine-in sahaja.



“Kalau Mydin ada Rahmah, kita ada Farhanah. Hanya RM4.90 sahaja bermula 6 - 10 Feb 2023. Untuk sarapan bermula pukul 8 hingga 10 pagi manakala makan malam pula pada pukul 8 hingga 10.

“Menu Farhanah ini hanya ditawarkan di cawangan Taman Universiti sahaja. Namun, ada syarat untuk makan Menu Farhanah iaitu pertama, dine-in sahaja, kedua boleh buat pesanan melalui team sale & agent bersama bayaran, makan sampai habis dengan tidak membazir serta membuat hantaran dalam sosial media,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial  menyambut baik usaha murni yang dibawa oleh Farhanah Catering dan mendoakan peniaga itu dimurahkan rezeki.



“Syarat makan sampai habis dan jangan membazir ini yang saya paling suka,” ujar Herman Syah.

“Menu ini lagi mengacam dari Mydin,” tulis Nik Mat.

“Menu macam ini mesti penuh kedai orang datang,” jelas Tengku Izham. -  KitaReporters


10
15
0
15
0

Copy Link: