Jom segera serbu KFC! Menu baharu chicken chop, Zinger Chop!

Published by
KitaReporters

DAH lebih 15 hari kita meraikan Aidilfitri, makanan pun mesti berkonsepkan makanan raya kan seperti ketupat, nasi himput dan rendang? Mesti dah bosan kan dengan hidangan tersebut? Apa kata hari ini kita ubah sikit selera kepada yang lebih segar dan sihat. Jom singgah KFC! Kerana restoran yang memiliki 850 cawangan di seluruh negara ini menawarkan olahan terbaharu fillet ayam yang rangup dan empuk yang dinamakan sebagai KFC Zinger Chop yang diinspirasikan daripada chicken chop. : KitaReporters

GANDINGAN mantap... Zinger Chop bersama Chiken Combo. - Kredit foto: KFC


Namun, kali ini KFC memberi sentuhan yang sememangnya sedap hingga menjilat jari, Zinger Chop ini disaluti tepung roti yang diadun dengan rempah ratus Hot & Spicy KFC, sebelum digoreng sempurna sehingga keemasan. 

Zinger panas yang baharu!!

Mesti ada yang kata, mana cukup makan itu sahaja kan.

Jangan risau! Hidangan itu digandingkan dengan coleslow masam manis bagi menambahkan keseimbangan kontras menyelerakan terhadap ayam Hot & Spicy dan turut dihidangkan bersama pilihan Crispier Fries atau Colonel Rice.

Hidangan istimewa ini dilancarkan mulai 10 Jun 2020 harga RM16.30 untuk waktu terhad.

Hidangan menarik itu boleh didapati di seluruh restoran KFC di Malaysia melalui khidmat selamat makan-di-restoran, bawa pulang, ambil sendiri (self-collect), penghantaran, dan pandu lalu.

WOW... Zinger Chop yang dihidang bersama kentang dan Coleslow.


Malah untuk  senang dan lebih selamat, pilihlah khidmat ‘Contactless Delivery’ untuk pesanan dihantar terus ke rumah anda, dan khidmat ‘Contactless Self Collect’ untuk terus mengambil pesanan anda di restoran.

Wow menariknya! Apa lagi, jom kita serbu KFC hari ini!

Ketua Pegawai Pemasaran KFC, Angelina Villanueva berkata, Zinger Chop terhasil dengan mengambil kira faktor ‘norma baharu’.

Dalam situasi kini, pihaknya bukan sahaja mahu memberikan ketenangan kepada para pelanggan melalui pelaksanaan SOP keselamatan dan kesihatan yang ketat, tetapi juga ingin terus menyajikan dengan tawaran juadah menarik.

Menurutnya dalam satu kenyataan, KFC telah membuka servis makan-di-restorannya secara berperingkat-peringkat.

Bagi mamastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan serta pekerjanya terjaga dengan kepatuhan piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi sejajar dengan polisi-polisi dan garis panduan yang disediakan. - KitaReporters

11
1
1
0
0

Copy Link: