Syabas ahli FB AAJB? Sokong peniaga food truck bersedekah!
Published byKONSEP berniaga sambil bersedekah agak jarang dilakukan oleh kebanyakan peniaga kerana ramai yang berniaga pastinya ingin mendapat keuntungan bagi memajukan perniagaan masing-masing kerana itulah yang diharapkan dalam bidang berkenaan. Namun, ada juga peniaga bukan sahaja mengharapkan keuntungan semata-mata, sebaliknya ada yang ingin bersedekah kerana cara sedemikian mendapat keberkatan dan diberi kelimpahan rezeki berganda oleh Allah. : KitaReporters
Orang ramai beratur untuk mendapatkan makanan percuma daripada peniaga kenderaan saji (food truck) di hadapan Masjid Hadhari Jertih,Terengganu
Lagi cerita-cerita berkaitan food truck:
https://kitareporters.com/search?search=food+truck
Itulah yang dilakukan oleh seorang peniaga bergerak atau lebih dikenali dengan panggilan food truck (kenderaan saji) dari daerah Besut, Terengganu, yang kerap mengadakan program bersedekah kepada orang ramai sekitar daeerah itu.
Terbaharu, usahawan food truck, Zaharin Idris menerusi program sedekah ukhuwah memberi peluang penduduk sekitar bandar Jertih menikmati pelbagai makanan secara percuma yang diadakan di hadapan Masjid Hadhari, Jertih pada Jumaat, 4 Disember 2020.
Pengusaha food truck Zaharin Idris
Zaharin (dua dari kiri) bersama pekerja mengadakan program makan percuma di hadapan Masjid Hadhari, Jertih
Program selama tiga jam bermula jam 1.30 petang itu memberi peluang kepada kira-kira 200 pelanggan yang datang untuk mendapatkan makanan percuma yang disediakan sepanjang tempoh program berjalan.
Menurut Zaharin, beberapa jenis makanan disediakan pada program itu termasuk keropok lekor, aiskrim, ais sedap koko Tokki dan beberapa menu popular lain.
Malah, aktiviti menyediakan makanan percuma kepada orang ramai sekitar daerah itu bukanlah pertama kali dilakukan oleh syarikat Akademi Berkat Ukhuwah yang dimiliki Zaharin.
Hebahan program dibuat menerusi media sosial Facebook Anak-Anak Jertih Besut (AAJB)
Bagaimanapun, usaha yang dilakukan kali ini agak berlainan kerana dia mendapat sumbangan pembiayaan menyediakan makanan daripada ahli Facebook Anak-Anak Jertih Besut (AAJB) yang berusaha mengumpul sumbangan daripada pemilik Facebook yang menganggotai kumpulan tersebut.
Hanya dengan menggunakan media sosial netizen tampil memberi sumbangan kepada program makan percuma
Pentadbir Facebook AAJB, Mohd Azha Zahari atau lebih dikenali dengan Bob Azha berkata pihaknya membuat hebahan menerusi media sosial berkenaan bagi membantu Zaharin menganjurkan program tersebut dalam usaha meringankan beban beliau yang terpaksa ditanggung sebelum ini.
Katanya, alhamdulillah dalam masa tiga hari pihaknya berjaya mengumpul RM500 hasil sumbangan ahli AAJB dan sumbangan diserahkan kepada Zaharin untuk menguruskan program tersebut.
Makanan percuma disediakan oleh pengusaha penjualan bergerak di depan Masjid Hadhari Jertih,Besut
“Sumbangan ahli AAJB kepada komuniti juga bukan pertama kali dilakukan, sebaliknya sebelum ini pihaknya banyak membantu golongan yang memerlukan bantuan termasuk peniaga yang terjejas, Orang Kelainan Upaya (OKU), penduduk yang ditimpa bencana dan bantuan pendidikan,” katanya. - KitaReporters