ALHAMDULILLAH, mulai 4 Oktober depan, umat Islam yang berhajat melakukan umrah sudah boleh membayangkan ‘Kaabah’ apabila Arab Saudi membenarkan semula ibadah umrah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat waima jemaah luar negara akan dibenarkan berbuat demikian mulai 1 November 2020. Barangkali ini petanda baik bagi menyaksikan pembukaan pintu antarabangsa bagi rakyat seluruh dunia termasuk Malaysia. - KitaReporters

Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo ke-14 di Bintulu, Sarawak.


Lagi cerita-cerita berkaitan cef:

https://kitareporters.com/search?search=cef


Marilah kita berdoa agar pandemik COVID-19 ini dapat dihentikan supaya industri pelancongan terus bernyawa dan rakyat berpeluang bercuti ke luar negara, setidak-tidaknya melawat benua Asia.

Apa pun jika itulah hajat anda yang sudah sekian lama terpendam atau pun yang masih belum merancang untuk bercuti ke mana-mana, barangkali menonton program berjudul “Warna Warni Asia’ mampu mencetuskan idea percutian yang diidamkan.

Bermula 4 Oktober 2020 juga, RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan program kembara berbentuk travelog berkenaan setiap Ahad, pukul 11.30 pagi selama 13 episod.

Ikuti Nik Michael Imran jelajah Asia dalam program 'Warna Warni Asia' di TV1, RTM.



Terbitan YG FIlms Sdn Bhd, penonton bakal dibawa jelajah beberapa negara Asia antaranya Taiwan, Jepun, India, Korea Selatan, dan Indonesia bersama cef selebriti, Nik Michael Imran selaku hos program bagi menyaksikan kepelbagaian warna serta kehidupan penduduk di negara-negara terbabit.

Sesuai dengan tajuknya ‘Warna Warni Asia’, bonus pastinya kepada pelancong yang suka berswafoto di mana sahaja kerana lokasi indah dipaparkan berlatarbelakangkan pemandangan yang cantik, berwarna warni, eksotik dan unik. 

Pendekata, boleh dijadikan panduan lokasi pilihan mereka untuk merancang percutian selepas bebas daripada cengkaman koronovirus kelak kan?

Memulakan perjalanan 13 episod terbaru ini menumpukan kepada kepelbagai kaum dan warna-warni di bandar industri minyak dan gas iaitu Bintulu, Sarawak. 


C

Cef Nik Michael bersama rakyat Sarawak di rumah panjang Tuai Henry Nuni.


Bermula dengan memaparkan Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo ke-14 yang berlangsung di bandar minyak itu pada tahun 2018,  menyaksikan penyertaan layang-layang dari lebih 40 negara terlibat.

Ia menonjolkan kemeriahan keceriaan festival yang pastinya mampu menyumbang daya tarikan kepada pelancong luar mahu pun rakyat tempatan mengunjungi Semenanjung Malaysia Timur itu.

Melangkah ke negara jiran Singapura, dua episod pada program ini bakal menonjolkan lokasi keindahan seni di Kota Singa itu yang mempamerkan pelbagai karya seni dan bangunan warisan termasuklah mural yang menghiasi sekeliling.


Penonton berpeluang menyaksikan festival ‘Chingay Parade’ yang memukau hasil kerjasama baik daripada Lembaga Pelancongan Singapura.

Selain itu, antara lokasi menarik tumpuan Asia yang diterokai dalam program ini termasuklah keindahan Kampung Pelangi di Semarang, Indonesia yang mana rumah kediaman mereka dicat semula penuh dengan warna warni.


Manakala di Korea Selatan pula menonjolkan lokasi Gamcheon Culture Village di mana masyarakat di sana memberi nafas baharu kepada kampung mereka dengan mengecatnya penuh warna warni dari segi reka bentuk, mural, bentuk-bentuk seni, seni jalanan dan grafiti. 


Produksi Warna-Warni Asia juga turut ‘menawan’ negara diberi gelaran ‘Heart of Asia’ iaitu Taiwan di mana Nik Michael yang buat pertama kalinya menjejakkan kakinya di Taichung dapat melihat keindahan Desa Pelangi dan sempat pula bertemu dengan lelaki tempatan berusia 97 tahun. 

Cef Nik belajar bagaimana membuat kuih matahari, minum ‘bubble tea’ dan mengunjungi pasar bunga yang cantik di daerah Houli.

Episod di Taiwan.


Kemudiannya beliau menuju ke Pingtung, Donggang & Dapeng Bay yang mengadakan Festival Tanglung Taiwan sambil berpeluang menjamu selera makanan laut di Donggang. 

Wah! Pasti satu percutian yang seindah tajuknya kan?

Apa pun, bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, boleh sahaja menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. - KitaReporters


Episod di Jaipur, India (gambar atas) dan Cef Nik Michael bersama pahlawan samuran di Tokyo, Jepun.

0
0
0
0
0

Copy Link: