Menambat hati dan menyelerakan! Kerjasama Secret Recipe, Universal Music Malaysia! Gabungan 2 jenama!
Published bySecret Recipe dan Universal Music Malaysia membuktikan sekali lagi bahawa anda boleh menjamu selera dengan juadah yang lazat sambil berhibur! Gabungan jenama kek dan bakat terkemuka Malaysia pasti memeriahkan hidup anda.
Kerjasama ini sememangnya membawakan muzik yang menambat hati dan juga selera. Bukan sahaja ia menggabungkan dua jenama sebutan ramai yang berkongsi prinsip dan nilai jenama yang sama, tetapi turut membawakan sesuatu yang menarik dan berbeza untuk semua.
Bagi meraikan kerjasama erat ini, orang ramai telah dihiburkan dengan konsert yang mengetengahkan bakat-bakat tempatan di bawah naungan Universal Music Malaysia seperti Athalia, Bella Astillah, Meer Nash dan Yonnyboii.
Hadirin terhibur dengan persembahan penuh bertenaga artis-artis yang menggegar arena.
Konsert khas ini menyediakan platform untuk artis tempatan menyerlahkan bakat dan memperlihat tumpuan kedua-dua jenama selama ini mempromosi bakat dan juadah tempatan.
Di samping itu, seorang lagi bakat tempatan yang diketengahkan dalam kerjasama ini ialah cef selebriti Anis Nabilah, yang baru-baru ini mencipta menu istimewa Ramadan dan Raya untuk Secret Recipe.
Kerjasama tersebut menyaksikan Cef Anis berganding bahu dengan Secret Recipe untuk mencipta tiga juadah hebat, iaitu Nasi Kerabu, Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik dan dua minuman yang menyegarkan, iaitu Kurma Calamansi Fizz dan Ice Blended Onde-Onde untuk melengkapi sajian tersebut.
Menu bermusim ini telah dilanjutkan sehingga Julai 2023 setelah mendapat ulasan dan sambutan luar biasa daripada penggemar makanan dari jauh dan dekat.
“Sebagai jenama tempatan, kami berbangga untuk bekerjasama dengan sebuah nama antarabangsa dalam industri.
"Bersama Universal Music Malaysia, kami berkongsi prinsip dan nilai yang sama untuk terus memastikan segalanya relevan dan unik untuk seluruh rakyat Malaysia.
"Peluang berkongsi pentas dengan Universal Music Malaysia merupakan satu pengalaman yang menarik dan saya harap kerjasama ini akan berkembang maju dan diperluas sambil kami terus menjayakan kempen-kempen hebat.
"Usaha ini adalah sejajar dengan wawasan kami untuk menyajikan aneka ‘cita rasa’ untuk dinikmati semua,” kata Patrick Sim, Pengarah Urusan Secret Recipe.
“Peluang bekerjasama dengan jenama terkemuka tempatan seperti Secret Recipe telah meningkatkan keupayaan kami dan ini bermakna lebih banyak kempen dan pengalaman serba baharu dan luar biasa akan dilaksanakan.
"Semua artis kami amat teruja dengan kerjasama ini di mana kami meneroka pelbagai cara untuk mendekati peminat sambil mengetengahkan dan menyerlahkan bakat mereka, serta berkembang maju.
"Kami percaya kerjasama ini memang tepat pada masanya,” ulas Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.
Mengulas mengenai perkongsian itu, Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe berkata, “Ia menarik untuk melihat dua jenama bekerjasama untuk mencipta acara dan aktiviti yang menyeronokkan untuk golongan muda Malaysia.
"Kami sentiasa berdedikasi untuk meningkatkan momen setiap hari melalui kerjasama ini yang kami percaya akan bergema dengan rakyat Malaysia.”
Sempena Hari Ibu yang akan datang, penyanyi dan artis rap Malaysia, Yonnyboii, juga telah mereka kad ucapan Hari Ibu edisi terhad khas untuk pelanggan yang membeli mana-mana sebiji kek Secret Recipe yang menyelerakan.
Untuk menjadikan detik ini lebih manis lagi, senarai lagu Hari Ibu juga dicetak pada kad hadiah untuk membolehkan pelanggan memainkan lagu pilihan kepada ibu tersayang, sebagai penghargaan kepada insan istimewa dalam hidup mereka. - KitaReporters/Kenyataan Media