Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar ketika menjadi mutawif.


BEKAS pengurus dan mutawif haji dan umrah selama 30 tahun Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar, 58, mengusahakan Pes Nasi Arab Madinah edaran Al-Bathal yang menggunakan slogan ‘Santapan Istimewa Haramain’ di Tok Yem Mall Damansara Damai, Sungai Buloh, Selangor.

Hasil ulang alik ke Madinah dan Mekah selama 30 tahun lebih dan kenalan di sana memberi ilham kepadanya untuk memulakan perniagaan ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Mekah:

https://kitareporters.com/search?search=Mekah


Ustaz Md Roslan menunjukkan Pes Nasi Arab Madinah


"Pandemik COVID-19 bukan sahaja menyebabkan ekonomi negara dan dunia terkesan tetapi pendapatan penduduk dan rakyat juga turut terjejas,’ katanya ketika diminta mengulas mengenai perniagaannya itu.

Ustaz Md Roslan berkata, keputusan untuk membuka perniagaan nasi Arab ini mendapat permintaan ramai dalam kalangan rakan-rakan jemaah yang mengenali beliau.

Manakala resepi dan adunan yang bercitarasakan seperti nasi Arab di Haramain menyebabkan beliau membuka perniagaan di Sungai Buloh kerana permintaan terlalu ramai.

Kalangan pelanggan bukan sahaja membuat tempahan nasi Arab malahan pes nasi Arab juga mereka buat tempahan.


Nasi Arab yang dimasak oleh Ustaz Md Roslan.


Beliau bersama keluarga juga mempelbagaikan jualan makanan antaranya cendol, nasi lemak, sate dan buah tamar.

"Rezeki Allah berikan dalam pelbagai bentuk dan COVID-19 yang melanda dunia dan negara seharusnya membuka hati dan naluri kita jangan putus asa dan berharap kepada satu sumber pendapatan sahaja," sambung beliau lagi yang berpengalaman luas dalam pakej haji dan umrah.

Beliau berkata, kesan daripada COVID-19 ini lebih 150 pengusaha dan mutawif pakej umrah terjejas pendapatan dan terpaksa mencari sumber lain untuk menyara keluarga.

‘Saya bukan sahaja menjual nasi Arab malah anak dan isteri juga menjual nasi lemak dengan jenama Nasi Lemak Tok Janggut kerana pelanggan lebih mengenali saya dengan panggilan Tok Janggut," ujar Ustaz Md Roslan lagi.


Nasi lemak Tok Janggut mendapat sambutan penduduk sekitar di Sungai Buloh, Selangor.


Ustaz Md Roslan (empat Dari kanan) ketika membawa jemaah umrah.


Dalam pada itu, bekas jemaah haji dan umrah ketika bersama beliau sebelum ini bukan sahaja menempah nasi arab yang dimasak malah turut mohon untuk mengadakan kursus memasak nasi Arab.

Tempahan Nasi Lemak Tok Janggut dan nasi Arab ini bukan sahaja sekitar Sungai Buloh malah ada kalangan mereka dari luar Selangor.

Sementara itu, bagi pelanggan yang ingin mendapatkan Pes Nasi Arab Madinah atau tempahan-tempahan lain boleh menghubungi talian 0102228085 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters

Nasi Arab menjadi tarikan utama penduduk Sungai Buloh.


Nasi Arab yang dimasak oleh Ustaz Md Roslan.

3
1
0
0
0

Copy Link: