Bohong sunat! Anak suka makan kulit ayam goreng! Mana nak beli bila malam-malam? Guna telur je!

Published by
KitaReporters


Kalau anda pergi ke pasar malam, pasti akan terjumpa peniaga yang menjual kulit ayam goreng. Kulit ayam sememangnya sangat digemari terutama kanak-kanak. 

Kalau beli ayam goreng di restoran makanan segera, pasti anak-anak berebut mahu makan kulitnya. Pening kepala mak ayah melayan kerenah anak-anak.




Orang kata kulit ayam tidak bagus untuk kesihatan kerana mengandungi lemak yang tinggi. Ada pula kata sebaliknya.

Tak tahu mana satu betul. Apa yang pasti, janganlah kita makan apa jua makanan secara berlebihan. Itu rumusan yang lebih tepat!

Bagi kanak-kanak, apa yang mereka mahu sekiranya tidak dapat ditunaikan, mereka akan menangis atau buat perangai. 

Kalau malam-malam atau anda malas nak ke pasar malam, tapi anak-anak nak makan kulit ayam, jangan risau kerana ada resipi yang seakan-akan kulit ayam goreng.




Perkongsian seorang wanita dalam TikTok miliknya mengenai resipi yang seakan-akan kulit ayam ayam goreng boleh dijadikan rujukan. 

Pada asalnya, wanita itu mahu berkongsi resipi mudah dan murah terutama ketika hujung bulan di mana masih ada yang belum mendapat gaji. 

Namun, resipinya itu menarik perhatian kerana ramai netizen berkongsi resipi yang sama untuk menipu anak-anak yang suka makan kulit ayam goreng.




Hanya menggunakan telur ayam, kemudian digoreng dadar nipis-nipis dan seterusnya dicelup tepung. Akhirnya telur dadar yang sudah dipotong kecil itu dicelup ke dalam tepung goreng ayam kemudian digoreng hingga garing. 

Maka siap untuk dihidangkan kepada anak-anak. 

Memang rasa, rupa dan teksturnya sama seperti kulit ayam goreng.



“Inilah yang aku tipu anak aku. Tengah malam minta makan kulit ayam nyah. Nasib lulus,” tulisnya.

Manakala seorang lagi netizen, juga berkongsi pengalaman sama.



“Dari dulu saya buat macam ini nipis-nipis sebab anak buah suka kulit ayam. Siap dia cakap suruhlah ayam tu jangan ada isi, biar kulit je. Letih oiii. 

"Penyudahnya buat begini. Bukan dia tahu,” ceritanya.



Jadi, kalau selepas ini anak-anak anda tiba-tiba nak makan kulit ayam goreng, tak perlu susah-susah pergi ke pasar malam atau ke restoran makanan segera. Hanya buat sendiri di rumah menggunakan telur. 

Malah, anda tak perlu lagi risau anak-anak ketagih makan kulit ayam yang tinggi lemak itu. Jimat pun jimat sesuai untuk dimakan ketika hujung bulan. - KitaReporters


16
13
0
6
0

Copy Link: