Video| Harga cekik darah! Jual burger biasa RM10! Mat salih kena scam! Siaplah peniaga! Netizen cari!
Published byKerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Sebagai rakyat Malaysia, jagalah nama baik Malaysia terutama pada mata pelancong asing. Ia tanggungjawab semua. Malaysia terutama Kuala Lumpur adalah antara negara dan bandar raya yang paling banyak dikunjungi orang luar.
Selain melancong, ramai juga antara mereka merupakan vlogger dan Youtuber. Justeru, jagalah nama Malaysia sebaik-baiknya. Jangan kerana anda seorang melakukan keburukan, habis semua terpalit.
Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian budaya dan makanan. Jadi, tidak hairanlah ramai kalangan vlogger dan Youtuber datang ke Malaysia untuk merakam kehidupan di negara ini.
Kalau di Kuala Lumpur, tempat strategik dan popular dalam kalangan pelancong ialah Bukit Bintang. Di sini, ramai berlumba-lumba membuka perniagaan terutama makanan walaupun dengan cara tidak sah. Harganya bukan main mahal lagi.
Malah, ada segelintirnya mengambil kesempatan dengan menjual makanan dengan harga yang tidak masuk akal kepada pelancong asing.
Inilah yang berlaku ke atas seorang pelancong asing yang juga Youtuber (Traveling Solo Logs) dengan pengikut berjumlah 63.4k. Bagi sesiapa yang mengikutinya sejak awal, pasti tahu dia gemar datang ke Malaysia. Bukan sekali tetapi sudah berulang kali. Ini menunjukkan Malaysia adalah negara yang istimewa pada hatinya terutama bab makanan.
Burger biasa seperti ini dijual dengan harga tidak masuk akal iaitu RM10.
Biar pun ada yang mendakwa para vlogger dan Youtuber asing yang datang dan memuji Malaysia hanya mahu mendapat ‘tanda suka’ dan meraih jumlah tontonan daripada rakyat Malaysia, namun sekurang-kurangnya content mereka tidak memburuk-burukkan Malaysia.
Mereka adakalanya hanya mendedahkan realiti yang dilalui sepanjang pengalaman berada di Malaysia. Apa yang berlaku kepada Youtuber bernama Solo ini boleh dijadikan panduan.
Seperti biasa, dia berkongsi momen ketika memburu makanan Malaysia dalam Facebook miliknya. Ia tidak lain tidak bukan adalah buger Ramly yang dijual di gerai burger jalanan.
“Betulkah saya telah ditipu (scam) oleh penjual burger Ramly ini?’ tulisnya.
Namun, malangnya penjual burger yang terdiri daripada dua pekerja tersebut telah mengambil kesempatan dan menipu dengan menjual burger biasa Ramly dengan harga tidak masuk akal iaitu RM10.
Namun, malangnya penjual burger yang terdiri daripada dua pekerja tersebut telah mengambil kesempatan dan menipu dengan menjual burger biasa Ramly dengan harga tidak masuk akal iaitu RM10.
Oleh kerana sudah terbiasa dengan harga burger Ramly, jelas kelihatan dalam video tersebut Solo seakan-akan sedar harganya terlalu mahal.
Harga sebiji burger biasa jenama Ramly biasanya dijual paling mahal pun dalam RM6 terutama di kawasan segi tiga emas, Bukit Bintang. Jadi, harga RM10 hanya untuk burger biasa dilihat tidak masuk akal.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengecam pemilik gerai tersebut kerana menipu pelancong asing.
“RM10 untuk burger biasa? Kurang ajar betul
budak-budak ni. Kalau dia orang ni pekerja, elok pemilik gerai periksa sikitlah
pekerja korang tu. Ini kalau report
baru tahu kena saman. Harga pun tak letak,” tulis salah seorang netizen.
Manakala seorang lagi netizen membidas sikap tamak penjual burger tersebut. Biarpun ada beberapa Youtuber suka eksploitasi penonton Malaysia untuk meraih tontonan, ia bukan tiket untuk menipu.
“Kerana satu gerai dijaga oleh beruk-beruk ini, buruk nama kita. Memang benar mereka Youtuber suka guna penonton kita sebagai bait (umpan) nak dapat tontonan tinggi, tapi tolonglah jangan menipu dalam urusan berniaga sesama manusia terutamanya dengan orang luar. Rosak nama negara,” tulisnya. - KitaReporters