Irma Atirah tak lagi toleh ke belakang! Dapoq Simanis Ayah sedia terima tempahan kuih raya!
Published byIrma Atirah Ahmat (tiga dari kanan) bersama rakan-rakan Kolej Komuniti Arau dan tenaga pengajar sesi 2018.
Graduan Kolej Komuniti Arau menerima tempahan roti, kek pizza dan biskut bakar.
Lepasan Kolej Komuniti Arau Irma Atirah Ahmat, 21, yang mendaftarkan syarikat Dapoq Simanis Ayah pada 14 januari 2021 bersedia menerima tempahan roti, kek piza dan biskut bakar untuk penduduk negeri Kedah atau pelanggan di mana sahaja yang berminat dengan hasil tangannya itu.
Irma Atirah berkata, sebaik sahaja menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Arau dalam jurusan Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan selama dua tahun itu, dengan sokongan ibu bapanya, dia telah membeli peralatan untuk membuat roti, kek piza dan biskut bakar sebagai pendapatan keluarganya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masakan
Dapur pembakar yang digunakan oleh Irma Atirah tidak dapat menampung tempahan yang diterima.
"Usah jadikan pandemik koronavirus COVID-19 sebagai penghalang untuk berniaga kerana perniagaan lebih beruntung daripada bekerja dengan majikan luar," katanya.
Irma Atirah berkata, permintaan untuk tempahan biskut bakar dan sebagainya diterima daripada penduduk sekitar kampung dan tempahan mula bertambah bila dikongsikan oleh rakan-rakan dalam media sosial.
Sokongan dan tempahan yang diterima itu bukan sahaja memberi semangat kepadanya malah membuatkan ayahnya memohon tawaran untuk mendapatkan bantuan bagi pembelian peralatan untuk menyediakan biskut yang ditempah orang ramai.
Pelanggan menerima tempahan biskut dari Irma Atirah.
Tempahan biskut itu kini mula mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatan, taman perumahan, sekolah, universiti, pejabat, syarikat, kafeteria, restoran dan kedai stesen minyak.
Atirah berkata, selain daripada roti, kek piza dan biskut bakar yang dibuatnya, beberapa produk lain turut mendapat tempahan antaranya produk sejuk beku (frozen foods) antaranya karipap, sandwich, popia dan samosa.
Oleh kerana tempahan yang diterima terlalu banyak dan peralatan yang digunakannya tidak dapat menampung sepenuhnya, maka Irma Atirah telah menyediakan kertas kerja untuk memohon bantuan kewangan syarikat kepada pihak MADA bagi membeli peralatan konfeksioneri dan sejuk-beku yang diperlukannya itu.
Mereka yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi Irma Atirah menerusi talian 0175897385.
Tapak pasar malam juga menjadi lokasi Irma Atirah (kanan) menjual hasil air tangannya.
Moga usaha lepasan Kolej Komuniti ini menjadi perangsang dan semangat kepada lepasan TVET atau kalangan belia di negara ini yang tidak mengharapkan peluang pekerjaan di luar kerana usaha untuk menjalankan perniagaan sendiri juga dapat mengukuhkan pendapatan diri dan keluarga. - KitaReporters
Irma Atirah Ahmat (kanan sekali) bersama rakan sepengajiannya.
Irma Atirah (kiri) ketika belajar membuat biskut di Kolej komuniti Arau, Perlis.