Jakim sahkan Brown Sugar Bubble Tea Ball (Taiwan) tak halal!
Published byKalau ditanya apakah minuman kegemaran rakyat Malaysia hari ini, pasti jawapannya adalah bubble tea atau teh boba. Bubble tea juga dipanggil pearl milk tea, tapiaca tea, Taiwanese tea atau boba tea. Walau apapun namanya, ia adalah sejenis minuman yang berasaskan teh dan juga susu. Tapi hati-hati kerana ada teh boba ini yang tidak halal kerana mengandungi gelatin babi dan telah disahkan oleh Jakim!! : KitaReporters
Foto: Google Image
Percaya atau tidak, pelbagai produk bubble tea dijual di negara ini memandangkan sambutan yang diterima.
Minuman ini dikatakan berasal dari Taiwan yang akhirnya tersebar luas hingga ke Malaysia.
Walapun dari segi kesihatan minuman tersebut mendapat reputasi buruk kerana mempunyai kandungan gula yang tinggi, malangnya ia tetap mendapat sambutan.
Antara artis yang turut menjual minuman ini ialah pelawak terkenal, Shuib Sepahtu.
Namun pelawak ini menjual bubble tea yang halal dan lebih sihat dengan menggunakan madu lebah, dengan menggunakan jenama Bubble Bee.
Bubble Tea yang dijual oleh Shuib laku ibarat pisang goreng panas.
Dek kerana sambutan yang menggalakkan terhadap
minuman ini, kita jangan sesekali terlepas pandang mengenai status halalnya
apatah lagi sekiranya produk yang berkaitan dengan minuman itu diimport dari
luar negara.
Baru-baru ini tular dalam media sosial mengatakan ada sesetengah produk bubble tea atau teh boba ini tidak halal.
Ia menimbulkan kerisauan pelbagai pihak kerana minuman ini menjadi pilihan semua rakyat Malaysia tidak kira agama.
Justeru, pihak yang bertanggungjawab dalam isu halal
haram iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil memberi kenyataan.
Menurut JAKIM, mereka menerima pertanyaan ramai mengenai isu status halal produk Brown Sugar Bubble Tea Ball rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk tersebut tidak halal.
JAKIM mendakwa produk dari Taiwan ini mengandungi gelatin babi.
“Berdasarkan semakan pihak kami, produk tersebut
tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan
halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
“Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi.
“Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam
dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label
bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman
baik di Malaysia atau di luar negara,” jelas JAKIM dalam Instagram rasmi
mereka.
Bagi yang masih keliru atau ingin mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, boleh layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my.
Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Maka, semak halal atau tidak sebelum beli dan minum. Tak susah pun kalau kita mencari yang halal dan tayyiban. - KitaReporters