Video| Tauhu rambutan: Tiada kaitan dengan buah rambutan? Makanan goreng yang unik, menyelerakan

Published by
KitaReporters

Nurhayati dalam proses menggoreng tauhu rambutan untuk pelanggan dan orang ramai membelinya  di Pasar Pabukoan Siti Nurbaya di daerah Padang Selatan, Kota Padang, Sumatera Barat. - Kredit foto: Video TribunPadang.Com.


SEKALIPUN bahan daripada buahnya tidak dijadikan sebagai ramuan namun tauhu rambutan merupakan sejenis makanan unik yang menyelerakan terutama ketika berbuka puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Namun di negara kita makanan tersebut mungkin tidak dijumpai atau terjual di mana-mana bazar Ramadan mahupun gerai-gerai jualan kuih pada hari-hari biasa selain bulan puasa.

Bagi anda yang ingin merasai suatu kelainan menikmati makanan berkenaan boleh menunaikan hasrat di hati jika berkunjung ke negara jiran, Indonesia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan

Orang ramai di Pasar Pabukoan Siti Nurbaya di daerah Padang Selatan, Kota Padang mencari juadah berbuka puasa.


Tauhu rambutan. - Kredit foto: resepkoki.id


Makanan ini yang mempunyai ciri-ciri kelainan boleh didapati di daerah Padang Selatan di Kota Padang, Sumatera Barat. Banyak terdapat dijual di pasar-pasar menjual juadah berbuka dan gerai-gerai jualan kuih.

Tauhu rambutan yang menyelerakan ini kalau dimakan ketika masih panas dan dicecah dengan sambal atau kuah gulai, rasanya lebih sedap dan membuka selera, lapor TribunPadang.com pada Rabu, 21 April 2021.  



Seorang penjual makanan tauhu rambutan, Nurhayati, 51, yang berniaga di Pasar Pabukoan, Siti Nurbaya berhampiran Kompleks Wisata Gunung Padang, Kota Padang berkata, ramai yang meminati makanan berkhasiat ini.

Menurutnya, selain namanya yang unik, bahan yang dijadikan ramuan membuatnya agak sederhana dan murah serta diterima cita rasa selera orang ramai.

Dikategorikan sebagai makanan jenis goreng, tauhu rambutan sesuai dan sedap dinikmati ketika masih panas dan dicecah dengan sambal atau kuah kari mahupun gulai.

"Proses membuat tahu rambutan yang sedap dan menyelerakan ini agak senang serta mudah," kata Nurhayati yang tidak lokek berkongsi ilmu mengenai cara membuatnya.

Katanya, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tahu rambutan ialah tauhu, tepung gandum, rempah, telur puyuh dan mi.


Norhayati menunjukkan tauhu rambutan yang siap digoreng yang menyelerakan bila dimakan semasa masih panas.



Mula-mula tahu dihancurkan dan dicampur dengan tepung gandum serta rempah.

Bagi proses pembuatannya, ambil tauhu yang sudah dihancurkan digaul bersama tepung gandum dan rempah buat bentuk bulat dan masukkan telur puyung sebagai isi tauhu rambutan. Manakala untuk membuat rambut rambutan, ia menggunakan mi hancur.

Bila proses menggoreng jangan gunakan api yang kuat supaya ia masak sama rata hingga ke bahagian dalamnya.

Menurutnya, tauhu rambutan rasanya sedap dimakan ketika masih panas sebaik sahaja lepas diangkat dari kuali atau tempat menggoreng.

Bagi masyarakat di negara ini boleh mencuba resepi tauhu rambutan yang menggunakan bahan mudah diperolehi dan harga berpatutan.

Mana tahu tauhu rambutan ini boleh diterima dan mendapat sambutan baik pada masa akan datang. - KitaReporters



Gerai Tauhu Rambutan Nurhayati menjadi rumpuan ramai untuk mendapatkan bahan makanan berkenaan.


Antara paparan mengenai tauhu rambutan jualan Nurhayati yang disiarkan TribunPadang.com.

0
1
0
0
1

Copy Link: