Ni sebabnya nak balik Perlis! Pesta Mentarang di Kangar! Dapat sambutan hangat penduduk setempat!

Published by
KitaReporters


JIKA di Pantai Timur ketika ini mengalami musim banjir namun di Perlis pula sedang rancak dengan pesta mencari mentarang dan ia telah mendapat sambutan begitu ramai daripada penduduk setempat di pantai Kuala Sungai Baru di Kangar.⁣ 

Bagi mereka yang mengemari mentarang ini sudah pasti peluang terbaik untuk datang mencari sebanyak mungkin mentarang kerana ia tiada had kepada pencari di situ. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan acara-acara pesta


Namun ia bukan selalu peluang ini ada kerana ia bergantung pada musim dan keadaan laut juga. 

Jika sebelum ini orang ramai terutama nelayan tidak dapat mencari kerana angin monsun yang kuat sehingga mengakibatkan keadaan laut bergelora dan ini akan memberi bahaya kepada mereka yang turun mencari.  

Antara tarikan utama adalah pembukaan tanah di situ adalah lebih baik berbanding tempat lain yang berpasir dan ini akan memberi kesan kepada rasa mentarang. 

Namun di Kangar, dengan keadaan tanah liat, ia memainkan peranan dalam masakan dan ini faktor utama kenapa mentarang dari sini sangat sedap



Sepanjang waktu, dari pagi sehingga petang akan menjadi tumpuan orang ramai untuk turun mencari mentarang ini. Mereka tidak perlu risau kerana boleh dikatakan sesiapa sahaja turun, pasti akan pulang dengan hasil yang banyak.  

Meskipun paras air sedikit tinggi itu bukan halangan buat mereka yang menggemari makanan laut ini dan ia semakin menyeronokkan untuk menyelam dalam mencari mentarang ini. 

Selain dapat makan dengan pelbagai masakan seperti bakar, rebur atau buat kerabu, orang ramai juga dapat menjual semula kepada orang lain dan ini dapat menjana pendapatan penduduk setempat. - KitaReporters


Kredit foto-foto: Bernama 

13
6
0
5
0

Copy Link: