Video| Superbike bukan untuk healing! Tapi untuk jual jajan! Ramai kagum cara wanita ini cari rezeki!
Published byDalam dunia perniagaan, tiada yang mustahil untuk dilakukan demi menarik perhatian pelanggan. Semakin kreatif, semakin dikenali dan menarik ramai pelanggan untuk membeli barang yang dijual.
Apatah lagi dengan wujudnya media sosial yang memudahkan berita atau maklumat sampai dengan lebih cepat dan merata.
Kisah seorang wanita dari Indonesia ini boleh dijadikan contoh. Dia hanya seorang peniaga jajan atau keropok sahaja demi menyara keluarganya. Namun, siapa sangka siapa menduga, video kreativiti dan aksinya berniaga mendapat lebih 12.8 juta tontonan dalam aplikasi TikTok!
Apa yang membuatkan video tersebut mendapat begitu banyak jumlah tontonan, tak lain tak bukan adalah kerana aksinya menjual jajan menggunakan superbike atau motorsikal berkuasa tinggi.
Video dalam akaun TikTok bernama Ndoila itu menunjukkan selepas membuat jajan tersebut, dia terus menaiki superbike yang dihiasi gambar Hello Kitty untuk berniaga di kawasan sekitar. Bakul besar untuk mengisi barang jualan diletakkan di belakang motor. Begitulah rutinnya setiap hari demi mencari rezeki.
Saat sampai di suatu lokasi, dia diserbu oleh pelanggan yang mahu membeli jualannya.
Rata-rata pengikutnya dalam TikTok begitu kagum dengan kreativiti dan kesungguhannya menyara keluarga. Malah, pengikutnya dalam media sosial bukan sahaja dalam kalangan warga Indonesia tetapi juga dari Malaysia.
Dikerumuni pelanggan yang mahu membeli barang jualannya.
“Kalau di Malaysia, motor ni bawa ride healing hujung minggu. Hobi kami
mahal kata mereka. Tapi akak ni rilex
je jual keropok. Salute kak,” tulis
salah seorang pengikut dari Malaysia.
Kegigihan wanita ini mencari rezeki dengan cara tersendiri patut dicontohi. Namun, dalam mencari rezeki dengan cara tertentu, jangan sesekali mengabaikan keselamatan diri. Mujur wanita ini tidak lupa memakai topi keledar. - KitaReporters
Di Malaysia superbike biasanya digunakan untuk bersiar dan healing.