Bercahaya lagi penuh bergemerlapan! Tarikan baharu di Kangar! Pasar Terapung Larut Malam JPS dibuka!
Published by.
Pasar Terapung Khas Larut Malam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis akan mula beroperasi mulai 17 Januari 2025 ini di Kolam JPS, Kangar sempena cuti sekolah dan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.
Pengerusi Koperasi Jabatan Pengairan dan Saliran (KOPESA) Che Nordin Abdullah berkata, pasar terapung ini akan dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 10 malam pada hujung minggu iaitu hari Jumaat, manakala hari Sabtu akan dibuka jam 9.00 pagi hingga 10 malam dan Ahad jam 9.00 pagi hingga 7 petang sempena cuti persekolahan.
"Pastinya kehadiran pengunjung ke sini akan lebih menarik kerana kini suasana malam di negeri ini juga sejuk,” sambung beliau ketika dihubungi.
Bagi mereka yang gemar merakamkan gambar sudah pastinya berasa puas dengan gemerlapan lampu warna-warni yang dipasang sepanjang jalan dan keliling Pasar Terapung ini.
Malah bagi mereka yang membawa anak-anak pastinya gembira kerana aktiviti permainan antaranya kereta, scooter, dinasour yang menggunakan kuasa bateri juga disediakan. - KitaReporters