MAKANAN pedas sememangnya sangat sinonim dengan cita rasa lidah rakyat di Asia. Ada pula yang menganggap makanan yang tidak pedas menyebabkan mereka tidak kenyang dan tidak memberi kepuasan dalam melengkapkan hidangan yang dijamah. 

Kini muncul pula trend cabaran makanan dengan tahap kepedasan yang luar biasa. : KitaReporters



Perkara sama turut berlaku kepada seorang vlogger (blogger video) makanan terkenal dari Indonesia @Sibungbung yang gemar menjamah hidangan pedas. 

Terbaharu dia berkongsi video dalam Instagramnya menjamah tauhu bersama 130 batang cili padi yang ditumbuk lumat yang dikenali sebagai Tauhu Gejrot 130 Rawit.

Mak kau!!! Banyaknya cili!

Hidangan berkenaan biasanya dijual di warung-warung di tepi jalan sekitar kota raya Jakarta itu dihidangkan bersama tauhu yang ditumbuk bersama bawang merah dan sedikit sos.

Menurut @sibungbung, dia meminta abang yang menjual berkenaan membuat kepedasan kepada 90 batang cili tapi yang dihasilkan melebihi iaitu 130 tangkai cili.

SELAMBA menjamah hidangan pedas walaupun mengakui tahap kepedasan itu luar biasa dan berjaya menghabiskan hidangan berkenaan. - Kredit foto: Instagram @sibungbung.


Banyaknya!!!

Hidangan itu kemudian diserahkan kepada @sibungbung di dalam sebuah cawan yang sering diletakkan air minuman.

Namun ketika menerima makanan berkenaan @sibungbung kelihatan teruja dan tidak sabar menjamahnya.

Malah dia kelihatan bersahaja ketika kali pertama menyuap cili tumbuk berkenaan.

Walaupun mengaku hidangan berkenaan pedas yang luar biasa tapi dia akhirnya berjaya menghabiskan.

Uiii hebatnya kamu!!! Tak pijar ke mulut tu makan pedas sangat.

BANYAK cili padi hijau yang ditumbuk lumat sebelum dicampurkan dengan tauhu dan sedikit sos untuk penambah rasa.


Kita yang menonton pun terseksa melihat tapi dia pula selamba saja.

Kamu memang hebat dong!!! - KitaReporters

5
0
0
2
1

Copy Link: