Ingkar SOP! Premis makan di P. Pinang diarah tutup 7 hari!!
Published byKredit FB Malaysia Government Call Centre
Mahu tak mahu, kita perlu menghadapi norma baharu dalam kehidupan seharian kita.
Kita tidak boleh lagi melepak seperti dahulu malah waktu operasi juga telah berubah.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi premis makan yang perlu dipatuhi jika ingin beroperasi.
MKN faham, premis ini perlu juga dibuka bagi memastikan keadaan ekonomi masyarakat berjalan tetapi haruslah patuh pada SOP yang ditetapkan bukannya main langgar je.
Kredit Foto Amirul Ainul.
Akibatnya,sebuah premis makanan di Seberang Perai, Pulau Pinang tak pasal-pasal diarah tutup selama 7 hari akibat tak patuh pada SOP.
Antara SOP yang perlu diikut adalah penjarakan sosial, satu meja hanya dua orang, perlu tulis nama dan pemeriksaan suhu badan.
Senang je kan??
Tapi kedai tersebut didapati membiarkan pelanggan memasuki kedai mereka dengan jumlah yang ditetapkan.
Haa, Kan tak pasal-pasal kena tutup 7 hari!!
Dah la kena tutup, kerusi dan meja pula kena sita Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Selain kesalahan itu, kedai ini juga didapati melakukan beberapa kesalahan lain seperti menjalankan perniagaan tanpa lesen (lesen tamat tempoh), iklan tanpa lesen dan iklan tanpa bahasa Melayu.
Kepada premis makan di luar sana, patuhilah SOP yang ditetapkan, ia adalah untuk kebaikan kita bersama bukan kepentingan pihak tertentu.
Jangan kerana kejar keuntungan sampai lupa SOP, takut-takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. - KitaReporters