TIDAK pernah lari daripada kontroversi, 'budak nakal' Itali, Mario Balotelli buat hal lagi, kali ini ketika beraksi bersama pasukan kelahirannya, Brescia.


Insiden berlaku ketika Balotelli digantikan Alfredo Donnarumma pada minit ke-72 selepas gagal memberikan impak sepanjang perlawanan.

Ketika berjalan keluar, Balotelli melepaskan geramnya apabila memukul dengan kuat kamera yang diletakkan di atas tripod di tepi padang.

Kejadian itu mengejutkan jurugambar pemilik kamera tersebut, Massimo Lovati dan kemudiannya melepaskan geram atas sikap 'kurang ajar' Balotelli dalam akaun Instagram miliknya.

"Apabila Balotelli dipanggil ke bangku simpanan, dia menjadikan kamera saya seperti bola dan menyepaknya ke arah papan iklan.

"Budak pengutip bola (ballboy) yang menyaksikan insiden tersebut kemudiannya memanggil saya dan menjelaskan apa yang berlaku.

"Saya menjumpai kamera tersebut dan mendapati bingkainya retak dan peralatan tersebut telah rosak. Bayangkan perasaan anda bila seseorang merosakkan peralatan yang memang kita gunakan untuk bisnes," katanya.

Menurut Lovati, dia kemudiannya memaklumkan pengarah kelab, Edoardo Piovani mengenai insiden berkenaan dan memberitahu akan menghantar bil baik pulih kamera kepada kelab sebagai ganti rugi.

Gambar dari https://twitter.com/finallymario/status/112895164880463872


0
1
1
4
0

Copy Link: