BIKIN PANAS... VAN DER VAART LABEL MAGUIRE 'AMATUR'
Published byBEKAS pemain tengah Tottenham Hotspurs dan Belanda, Rafael van der Vaart mencetus kontroversi apabila melabel pertahanan termahal Manchester United, Harry Maguire sebagai 'amatur'.
Kenyataan pedas itu dikeluarkan oleh van der Vaart selepas aksi antara Manchester United dan Liverpool yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 awal pagi semalam (21/10/2019).
Bercakap kepada Ziggo Sports, pemain tengah yang pernah beraksi bersama Real Madrid itu mendakwa, dia mudah menjumpai pemain yang setaraf Maguire di liga amatur.
"Dia (Maguire) mampu cipta sesuatu namun jika harganya setinggi dibayar United, ini bermakna pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk jauh lebih tinggi sekitar 300 juta pound (RM1.63 bilion).
"Jika saya beraksi pada peringkat amatur pada hujung minggu, saya dengan mudah dapat berjumpa tiga pemain (seperti Maguire). Ini yang saya maksudkan, jujur.
"Apa yang saya katakan nampak macam mengarut tetapi inilah yang saya fikirkan," katanya.
Ini bukan kali pertama van der Vaart menyerang Maguire.
Sebelum ini pemain tengah tersebut mengkritik persembahan Maguire ketika England tumpas 1-3 kepada Belanda.
Maguire merupakan tonggak pertahanan United malam semalam (21/10/2019), berjaya mengekang asakan Liverpool sepanjang 85 minit perlawanan sebelum dibolosi menerusi jaringan lewat Adam Lallana.