ERLING HALAND, ingat nama ini.

Penyerang muda berusia 19 tahun itu kini menjadi rebutan kelab gergasi Eropah selepas mencipta rekod menakjubkan 20 gol dalam hanya 13 perlawanan.


Beraksi untuk kelab Austria, Red Bull Salzburg, Haland meledak 11 gol dalam sembilan perlawanan liga, enam gol dalam tiga perlawanan Liga Juara Juara Eropah dan satu hatrik di kejohanan piala.

Nama anak kepada bekas pemain Leeds United, Alf-Inge itu mula menjadi sebutan selepas muncul pemain termuda menjaringkan enam gol di Liga Juara Juara termasuk meledak hatrik menentang Genk.

Haland juga menyumbat satu gol di Anfield menentang Liverpool, mengulangi rekod jaringan ayahnya ketika menentang pasukan Merseyside tersebut.


Terbaharu, Haland menjaringkan dua gol ketika pasukannya tewas 2-3 kepada Napoli Rabu lalu, sekali gus mencipta rekod pemain pertama meledak enam gol dalam tiga perlawanan pertama di Liga Juara Juara.

Penyerang prolifik dari Norway itu turut mencipta nama menjadi pemain muda kedua menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama di Liga Juara Juara selepas penyerang Real Madrid, Karim Benzema.


Haland yang kini merupakan prospek hangat di Eropah memiliki pakej ketajaman penyudah, kebolehan menggelecek, kelebihan fizikal, kelajuan serta bijak mencuri ruang dalam kotak penalti.

Justeru, tidak hairanlah jika kebanyakan penyokong Manchester United menggesa pengurus, Ole Gunnar Solkskjaer untuk membawa masuk Haaland ke Old Trafford berbanding pemain berusia Mario Mandzukic pada jendela perpindahan Januari nanti.

Dua kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid dilaporkan memantau perkembangan Haland sebelum melakukan sebarang bidaan. 


3
7
0
0
0

Copy Link: