APM, Jabatan Amal Pas turun bantu! Semambu, Beserah dilanda ribut! Banyak kerosakan! Ada kecederaan!
Published byKEDATANGAN hujan lebat serta disusuli ribut pada jam 4.30 petang Jumaat, 14 Oktober 2022 lalu telah mengakibatkan banyak pokok besar tumbang di atas jalan raya, sekali gus berlaku beberapa kerosakan di sekitar kawasan Semambu dan Beserah di daerah Kuantan, Pahang.
Ekoran kejadian itu, pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah bergegas ke lokasi-lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan bencana ribut
Para pegawai dan anggota sedang membersih dan mengalih beberapa pokok tumbang di atas jalan raya dengan menggunakan mesin pemotong pokok akibat hujan lebat dan ribut berlaku petang 14 Oktober 2022. - Kredit foto: APM Kuantan.
Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pahang, Mejar (PA) Mohd Zairosnizam Mohd Tarmizi dalam satu kenyataan berkata, terdapat sebuat kereta terperangkap di bawah pokok tumbang dan melibatkan seorang mangsa.
Walau
bagaimanapun mangsa tersebut berjaya diselamatkan dan tidak mengalami
kecederaan.
Katanya,
selain itu para pegawai dan anggota segera bertindak membersih dan mengalih beberapa
pokok tumbang di jalan raya dengan menggunakan mesin pemotong pokok.
Pegawai APM Daerah Kuantan, Kapten (PA) Zaubidah Said pula melaporkan beberapa kejadian pokok tumbang turut berlaku di Jalan Jabor termasuk di hadapan Restoran Jaman Tory, Semambu, Pusat Internet Komuniti Semambu, dan Kampung Pelindung.
Sebatang pokok tumbang menghempap bangunan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia di Semambu, Kuantan, Pahang pada 14 Oktober 2022. - Kredit foto: FB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu, Ketua Kampung Alor Akar, Ramli M Taib sempat menyaksikan kejadian ribut yang menimpa di kawasannya.
"Saya sempat ke sini untuk melihat keadaan mereka yang cedera pada bahagian kepala tetapi tidak pasti tahap keseriusan kecederaan itu yang hanya dapat ditentukan oleh pasukan perubatan," katanya kepada media di lokasi kejadian.
Kelihatan sebahagian gerai-gerai Astaka Beserah terjejas teruk akibat hujan lebat dan ribut pada petang 14 Oktober 2022. - Kredit foto: FB AndasuranRabu.
Dalam kejadian tersebut, lebih 10 buah rumah mengalami kerosakan dan tiga kanak-kanak lelaki cedera selepas pokok menghempap sebuah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia dan mereka telahpun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Seorang penduduk Rahimah Hussin, 43 tahun, ketika ditemui pihak media berkata beliau mengalami kerugian lebih RM20,000 setelah beberapa perkakasan rumah, seperti permaidani dan barangan perabot turut rosak akibat ditimpa air hujan lebat setelah bumbung rumahnya tercabut dilanda ribut.
Skuad Jabatan Amal turun ke lokasi bagi membantu membersih dan menyusun semula gerai-gerai Astaka Beserah yang terjejas.- Foto kredit FB AndasuranRabu.
Susulan
insiden tersebut, pada pagi 15 Oktober 2022, Pasukan Jabatan Amal (Jawatankuasa Pengurusan Bencana PAS, DUN Indera Mahkota) turun ke
lokasi bagi membantu membersih dan menyusun semula gerai-gerai Astaka Beserah yg
terjejas.
Kejadian ribut petang semalam menumbangkan kanopi gerai-gerai sementara dan menyebabkan beberapa peralatan dapur, pinggan mangkuk dan lain-lain berselerakan. Jumlah kerugian yang ditanggung oleh para peniaga dianggarkan mencecah ribuan ringgit.
Difahamkan parti PAS Kawasan Indera Mahkota kini sedang mengatur untuk memberikan beberapa sumbangan dan bantuan bagi menangani sebarang bencana yang berlaku kepada mereka yang terkesan akibat musim tengkujuh ini. - KitaReporters
Sumber:
FB APM Pahang