Berita Terkini| Ibu pejabat MBSJ ditutup! 11 kakitangan positif! Tutup 2 minggu hingga 14 Mei!
Published byBANGUNAN ibu pejabat MBSJ ditutup bagi membolehkan proses disinfeksi dilakukan dan akan dibuka semula pada 14 Mei 2021.
IBU pejabat
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ditutup pada Isnin, 3 Mei 2021 berikutan 11
kakitangan di pejabat berkenaan disahkan positif Covid-19.
Datuk Bandar
MBSJ, Noraini Roslan berkata, kakitangan terbabit disahkan positif wabak
berkenaan selepas menjalani proses saringan Covid-19 sebelum ini.
Tegas beliau
semua kontak rapat telah diarahkan untuk melakukan ujian saringan dan menjalani
kuarantin seperti diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Bangunan
ibu pejabat ini ditutup bagi membolehkan proses disinfeksi dilakukan MBSJ.
"Kaunter perkhidmatan pula akan ditutup selama 14 hari bermula 3 Mei hingga 14 Mei (2021) bagi tujuan disinfeksi sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan media, 3 Mei 2021.
Dalam masa
sama, Noraini meminta orang awam yang berurusan dengan MBSJ dinasihatkan untuk
menggunakan perkhidmatan dalam talian atau menerusi mesin kios disediakan sepanjang
penutupan tersebut.
"MBSJ
juga memohon maaf atas sebarang kesulitan susulan daripada penutupan ini,” ujarnya.
Dalam masa
sama beliau meminta semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membendung
penularan wabak ini. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan berkata, kakitangan terbabit disahkan positif wabak berkenaan selepas menjalani proses saringan Covid-19 sebelum ini.