Reka bentuk unik Masjid Raya Asmaul Husna! Tanpa kubah, tanpa menara! Kecantikan tulisan khat
Published byKredit foto: obrolanfajar.blogspot.com/
KEUNIKAN reka bentuk sesebuah objek atau bangunan merupakan antara ciri-ciri menarik yang selalunya menjadi perhatian atau tumpuan ramai. Lebih-lebih lagi jika keunikan tersebut berbeza serta baharu daripada sedia ada.
Sebagai tempat ibadat umat Islam, kebanyakan bangunan masjid yang didirikan untuk bersolat atau aktiviti kemasyarakatan biasanya hampir sama bentuknya mengikut keadaan sesebuah negara.
Bagaimanapun hasil kreatif para arkitek ada antara beberapa bangunan institusi ibadah berkenaan dibina dengan reka bentuk unik dan luar biasa berbanding struktur masjid sedia ada.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan masjid:
https://kitareporters.com/search?search=masjid
Masjid unik, berlainan! Masjid bahtera Nabi Nuh di Semarang - KitaReporters
Masjid Raya Asmaul Husna di Jalan Raya Kelapa Dua, Gading Serpong di Tangerang, Jawa Barat, Indonesia mempunyai keunikan reka bentuknya berbanding masjid-masjid lain di wilayah berkenaan. - Kredit foto: masjidasmaulhusna.com
Masjid itu menjadi bualan ramai setelah tular melalui paparan video dimuat naik seorang lelaki dengan akaun TikTok @amaritsaraje baru-baru ini kerana tertarik dengan struktur binaan bangunannya yang disifatkan agak berbeza dengan bangunan masjid sedia ada terutama di sekitar kawasan berkenaan, lapor Merdeka.com pada Rabu 3 Februari 2021.
Masjid Raya Asmaul Husna yang terletak di Jalan Raya Kelapa Dua, Gading Serpong di Tangerang, Jawa Barat, Indonesia merupakan antara salah sebuah masjid yang menarik perhatian ramai kerana keunikan bangunannya.
Melalui laporan itu dinyatakan bahawa masjid berkenaan yang terletak di tengah-tengah kota tidak seperti bangunan masjid lain yang mempunyai struktur bumbungnya seperti bumbung rumah. Keseluruhannya ia berbentuk seperti kotak besar.
Juga masjid itu mempunyai keunikan tersendiri dengan tidak mempunyai kubah dan menara seperti mana masjid-masjid biasa lainnya.
Bahagian dinding luar bangunan dihias dengan ukiran seni khat Asmaul Husna dan dicat dengan warna hijau cerah. - Kredit foto: Twitter @About Tangerang
Pada bahagian luaran dindingnya bercat warna hijau cerah diukir dengan tulisan seni khat cantik perkataan Asmaul Husna.
Juga selain itu memiliki kawasan taman dilengkapi pelbagai tanaman hiasan di sekitar kawasan tempat letak kereta.
Pada bahagian dalamannya keseluruhan dicat dengan warna putih yang membuat pandangan tenang serta rasa hati nyaman dan tenteram bila setiap pengunjung memasukinya.
Rumah Allah ini menggunakan pencahayaan semula jadi dengan reka bentuk langit-langitnya mempunyai falsafahnya tersendiri apabila bahagian melengkung yang memanjang pada silingnya melambangkan bulat sabit dan bentuk bintang pada bahagian atas mimbar.Kedua-duanya melambangkan bulan dan bintang.
Bahagian dalamannya dicat warna putih yang mendamaikan pemandangan. Menggunakan pencahayaan semula jadi dan langit-langit silingnya yang melengkung pada masjid ini mempunyai falsafah melambangkan bulan sabit serta bintang di ruang atas mimbar. - Kredit foto: properti.kompas.com
Menurut perakam video tersebut masjid yang indah dan unik dengan reka bentuknya dapat dilihat secara langsung melalui miniatur yang diletakkan di ruang berasingan dengan tempat beribadat.
Masjid Raya Asmaul Husna ini reka bentuknya hasil idea Gabenor Jawa Barat, Ir Ridwan Kamil merupakan salah seorang jurutera terkenal dan berjaya menghasilkan reka bentuk unik pelbagai bangunan di seluruh negara itu.
Keunikan masjid berkenaan menjadi kebanggaan masyarakat setempat dan mereka mengkagumi di samping menghargai usaha serta hasil idea Ir. Ridwan.
Malahan sejak video tersebut tersebar ramai kalangan masyarakat khususnya mereka yang tinggal berhampiran kawasan sekitar berhasrat untuk bersolat di masjid berkenaan. - KitaReporters
Ir.Ridwan Kamil merupakan orang yang bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk Masjid Raya Asmaul Husna, Gading Serpong.
Kredit foto: properti.kompas.com