Berita Terkini| PKP: Berita tular ada siaran langsung PM malam ini palsu! Tiada perutusan khas!

Published by
KitaReporters

 

Berita tular di media sosial adalah palsu


Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan tiada sebarang pengumuman khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 9 malam, 21 Mei 2021 berhubung Covid-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MKN menerusi akuan Facebook rasminya mengesahkan perkara tersebut dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar.

"Tiada siaran langsung YAB Perdana Menteri berkaitan Covid-19 atau PKP akan diadakan pada tarikh sebagaimana tertera pada satu poster yang tular. Hentikan penyebaran berita tidak benar, tidak pasti, jangan kongsi," kata kenyataan itu.

Tular satu poster Muhyiddin akan mengadakan perutusan khas mengenai Covid-19 pada jam 9 malam, 21 Mei 2021 dalam media sosial sehingga undang dakwaan kononnya PM akan adakan pengumuman khas mengenai PKP menyeluruh di seluruh negara ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19.

Berita palsu itu tular susulan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan  memaklumkan keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan PKP menyeluruh seperti Mac 2020 akan diputuskan 21 Mei 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
1
0
2

Copy Link: