Malay Town! Berubah wajah! Mahu pacu ekonomi peniaga kecil!
Published byMALAY Town Jalan Pekeliling di Kuala Lumpur kini beroperasi dengan wajah baharu bagi menyuntik ekonomi masyarakat bandar khususnya peniaga kecil yang tertekan berikutan pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan wabak Covid-19 yang dilaksanakan kerajaan bermula Mac 2020 lalu. : KitaReporters
Orang ramai kini lebih selesai untuk bersantai di Malay Town selepas seharian bekerja di pejabat. - Kredit photo Ben Hassari
Malay Town
itu juga akan menjadi lokasi berdaya maju bagi mereka yang ingin melebarkan
bidang perniagaan terutama untuk memperkenalkan produk baharu serta barangan yang
sukar diperolehi warga kota atau di pasaran.
Sehubungan
dengan itu, pihak pengurusan menyediakan 250 lot tapak perniagaan untuk
disewakan kepada orang ramai dengan dilengkapi pelbagai kemudahan asas yang
lebih baik berbanding sebelum ini.
Peniaga makanan turut melahirkan rasa lebih selesa menjalankan perniagaan.
Kemudahan pentas persembahan kebudayaan dan skrin televisyen yang besar akan menambahkan lagi daya tarikan Malay Town.
Fasiliti seperti kemudahan elektrik, air, surau, tandas awam, tempat letak kereta, pentas persembahan kebudayaan, skrin televisyen yang besar, CCTV dan kawalan keselamatan menjadi perhatian utama untuk dilengkapi dan diuruskan dengan sempurna bagi keselesaan peniaga dan pengunjung tapak perniagaan itu.
Pengarah Omega Project Management, Dato’ Paduka Seri Hasnizal Hassan, berkata
beliau bersama-sama pihak pengurusan lain terpanggil untuk mengubah wajah Malay
Town itu menjadi lokasi perniagaan Bumiputera yang mampu bersaing.
Hasnizal datang meninjau dan beramah mesra dengan peniaga yang mula beroperasi.
Menurutnya, pihak syarikat itu tersentuh apabila melihat ramai khusus dalam kalangan Bumiputera yang hilang pekerjaan atau punca pendapatan berikutan masalah pandemik Covid-19 dan menyediakan peluang untuk mereka menceburi bidang baharu atau melebarkan perniagaan.
Katanya,
pihak kami akan sentiasa membantu serta membimbing dan memberi motivasi kepada mereka
yang menyewa lot perniagaan itu untuk sama-sama menjadikan Malay Town sebagai
lokasi tumpuan orang ramai setiap malam.
Hasnizal menunjukkan isyarat bagus selepas menemui seorang peniaga.
“Kita sudah merancangkan pelbagai program bagi menarik tumpuan orang ramai yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat seperti persembahan kebudayaan yang akan membabitkan artis,” katanya.
Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan lot perniagaan orang ramai boleh menghubungi Sazelan Abdul Wahab Arbi Bashah (011-2803 9898) atau Ismail Khamis (012-263 8646). - KitaReporters