Super Spreader? Punca Harbin, China kembali kena lockdown!!
Published by'Super Spreader' adalah gelaran awam yang diberi kepada pembawa wabak dan menjadi pencetus senyap kepada peningkatan kes COVID-19 secara luar biasa dan mengejut. Kebanyakan kes, Super Spreader adalah pembawa wabak tanpa menunjukkan sebarang simptom seperti demam, batuk atau selsema, malah kewujudan wabak tidak dapat dikesan dalam ujian awal. : KitaReporters
Kredit foto: international.sindonews.com
Mengikut sejarah pada tahun 1900, seorang wanita, Mary Mallon dari United Kingdom menjadi punca transmisi jangkitan tifoid kepada 51 orang lain walaupun dia tidak memiliki simptom.
Situasi sama yang berlaku bandar Harbin, Heilongjiun, China baru-baru ini kerana terpaksa mengenakan arahan separa "lockdown" (perintah berkurung) selepas bandar itu baru sahaja mengumumkan bebas COVID-19 dan sudah menamatkan tempoh perintah berkurung terdahulu.
Ia berlaku selepas seorang rakyatnya yang baru pulang dari Amerika Syarikat menjadi "super spreader" kepada pertambahan 70 kes baru dan 4,000 lagi penduduk masih menunggu keputusan.
Menurut Harbin Center for Disease Control and Prevention, Han yang berusia 22 tahun merupakan pelajar Sarjana di New York University yang tiba di Harbin pada 19 Mac 2020 selepas melalui tempoh penerbangan pulang yang lama dari New York, sehari sebelumnya Han singgah di Hong Kong dan Beijing.
Han berjumpa dengan petugas kesihatan di Harbin Taiping International Airport dan terus menjalani proses kuarantin di rumahnya.
Kredit foto: plataformamedia.com
Selepas 14 hari, dia disahkan negatif COVID-19 pada 31 Mac 2020 dan dibenarkan keluar rumah pada 3 April 2020 oleh pihak berkuasa.
Wanita tersebut kemudian keluar makan bersama keluarganya pada 5 April 2020, malah pergi ke Shanghai dan menetap di sana selama tiga hari.
Tanpa disedari, dia sebenarnya menyebarkan virus tersebut yang masih ada pada dirinya walaupun menerima keputusan negatif daripada ujian yang dilakukan.
Petugas kesihatan kemudiannya menghubungi Han semula pada 10 April 2020 apabila salah seorang jirannya disahkan sebagai “silent carrier” wabak tersebut.
Petugas turut mengatakan dua ujian terakhir Han pada bulan April 2020 menunjukkan dia mempunyai “antibodies coronavirus” yang menunjukkan adanya jangkitan sebelum ini.
Hasil daripada penularan wabak itu, lebih 70 orang disahkan positif C0VID-19 malah segelintir daripadanya disahkan positif sebelum menunjukkan sebarang simptom.
Virus tersebut kemudian disyaki menjangkiti seorang pesakit strok, Chen yang sedang dirawat di hospital.
Chen kemudiannya menjangkiti berpuluh-puluh individu yang lain tanpa sedar termasuklah pekerja kesihatan memandangkan dia sedang menjalani rawatan strok.
Kredit foto: thestar.com.my
Setakat Ahad, 26 April 2020, sebanyak 60 kes diterima di Harbin, di mana 21 daripadanya adalah “silent carrier” ataupun mereka yang tidak menunjukkan sebarang simptom.
Menjadikan keadaan lebih membimbangkan kerana tidak dapat dipastikan sudah berapa ramai yang dijangkiti.
Statistik pada 30 April 2020, kes COVID-19 di Heilongjiun adalah 524 kes jangkitan dan 13 kematian.
Keseluruhan kes di China adalah 84,373 kes dengan kematian sebanyak 4,643.
Kredit Indiatimes: Dokumentari ringkas bagaimana seorang pelajar wanita yang menjadi Super Spreader menjadi punca Harbin terpaksa mengenakan separa lockdown.
Di Amerika Syarikat, pada Februaru 2020 ketika negara itu berpendapat ia terselamat dari wabak membunuh ini, seorang rakyatnya dari Chicago menghadiri majlis pengkebumian rakan keluarganya.
Tiga hari kemudian, dia menghadiri majlis sambutan hari lahir saudaranya, tanpa dia sedar kerana tiada sebarang simptom, dia menyebabkan 15 orang kontak rapatnya disahkan positif COVID-19.
Pada 8 Februari 2020, Pusat Kawalan dan Penyakit Penyakit US mengesahkan tiga daripada yang dijangkiti itu meninggal dunia.
Di United Kingdom pula, kes pertama yang disahkan adalah lelaki dari Brighton digelar Super Spreader selepas menjangkitkan enam orang yang lain dalam satu masa.
Trend jangkitan Super Spreader adalah luar biasa kerana secara normalnya, purata jangkitan COVID-19 tidak lebih tiga orang sahaja.
Pakar Epidemiologi Universiti Edinburgh, Mark Woolhouse memberitahu portal berita The Independent, ketika penularan wabak SARS 2002, seorang pesakit digelar Super Spreader kerana menyebabkan jangkitan sekurang-kurangnya lapan orang yang lain.
"Kita tidak tahu apa punca seseorang menjadi Super Spreader, persoalannya adakah ia berlaku disebabkan peluang, atau sesuatu insiden malang atau sesuatu kelainan terhadap seseorang ini.
"Adakah virus boleh bersembunyi dan 'hidup bersama' dengan lebih baik dengan golongan Super Spreader ini kerana mereka tidak menunjukkan simptom dan tidak tahu langsung mengenainya.
"Setakat ini tiada sebarang penjelasan perubatan bagaimana Super Spreader ini boleh melepasi semua ujian awal ke atasnya dan virua tidak menonjol simptom ke atasnya," katanya. - KitaReporters