Video| Ilmu tinggi ni! Guna jerat seutas tali nilon! Tangkap ular sawa! Berat 300kg, panjang 9m!
Published byBEBERAPA warga Desa Labaha, Kabupaten Muna, Sultra sedang memikul ular sawa gergasi seberat 300 kilogram yang berjaya ditangkap dengan jerat seutas tali nilon pada 1 Februari 2022 lalu. - Kredit foto: Tribunnews.com
HANYA seutas tali nilon digunakan sebagai jerat oleh warga Kabupaten Muna, Sulawesi Tenggara (Sultra) untuk menangkap seekor ular sawa gergasi sepanjang sembilan meter yang memakan haiwan ternakan mereka sejak beberapa bulan lalu.
Ular sawa itu seberat kira-kira 300 kilogram berjaya ditangkap oleh warga Desa Labaha, Kecamatan Watuputih pada 1 Februari 2022 lalu melalui jerat yang dipasang di tepi hutan dengan umpan seekor ayam.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular sawa
Kredit foto : Tribunnews.com
Kepala haiwan itu terjerut di tali nilon ketika ular itu sedang memakan umpam ayam yang disediakan di tali jerat sehingga ular sawa itu tidak dapat bergerak ke mana-mana.
Dipetik laporan TribunnewsSultra.com pada 2 Februari 2022 lalu, warga terbabit sengaja menangkap haiwan gergasi kerana ular sawa itu dipercayai sering memakan ayam serta kambing milik mereka.
Kredit foto : Tribunnews.com
‘’Kejayaan mereka menangkap ular sawa itu merupakan kejayaan yang besar bagi warga desa di situ kerana sebelum ini haiwan itu juga sering mengancam keselamatan mereka.
‘’Selepas berjaya ditangkap, kepala ular itu ditutup dengan kain yang diikat untuk mengelak ia mengganas,’’ kata seorang penduduk, Ali Fakarah.
Krefit foto : Tribunnews.com
Dia berkata, jikalau mereka tidak berbuat demikian tidak mungkin ular sebesar itu yang masih hidup dapat ditangkap dengan begitu mudah.
Kemudian beberapa penduduk memikul ular gergasi itu dari lokasi penangkapannya ke perkampungan mereka.
KEPALA ular sawa dibungkus dengan kain supaya ia tidak mengganas ketika dibawa oleh warga. - Kredit foto : Tribunnews.com
Ali berkata, ular tersebut dipercayai datang dari luar kawasan mereka kerana sebelum itu binatang ternakan mereka tidak pernah hilang dan selamat.
Dengan penangkapan ular sawa itu, kata Ali, penduduk Desa Labaha tidak merasa bimbang lagi kerana haiwan ternakan mereka akan menjadi selamat dan tidak dimakan oleh ular itu. - KitaReporters
ULAR sawa sepanjang sembilan meter dipikul oleh beberapa penduduk untuk dibawa ke perkampungan mereka di Desa Labaha kredit foto : Tribunnews.com