NAK RM19K?? SUKARELA DIJANGKITI COVID-19!!

Published by
KitaReporters
WABAK penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19 telah menyebabkan situasi kelam kabut di seluruh dunia akibat virus ini sehingga menyebabkan banyak kematian. Para pengkaji di seluruh dunia sedang bertungkus lumus untuk mencari penawar bagi penyakit ini. : KitaReporters


Namun apa yang lebih mengejutkan, untuk mencari penawar ini para pengkaji memerlukan beberapa sukarelawan yang rela dijangkiti koronavirus.

Menurut laporan Mirror, sukarelawan ini akan dibayar sebanyak £3,500 (RM19,231) jika mereka bersetuju untuk dijadikan bahan uji kaji selama dua minggu di London, England.

Sebanyak 24 sukarelawan diperlukan bagi dua jenis coronavirus – OC43 dan 229E – yang mempunyai sifat sama seperti Covid-19

Jenis ini akan menunjukkan kesan serupa seperti yang ditunjukkan oleh Covid-19.

Apabila para sukarelawan dijangkiti penyakit sama seperti koronavirus, para sainstis akan menghasilkan vaksin Covid-19 dan akan diberikan ubat-ubatan antiviral.

Semasa berada di makmal, sukarelawan dilarang untuk berhubung dengan dunia luar dan dilarang untuk bersenam. Manakala diet mereka akan dikawal.

Bagi mengelakkan bosan, sukarelawan akan disediakan dengan permainan video dan televisyen untuk mereka luangkan masa.

Pakar mengatakan, eksperimen ini adalah sebahagian daripada perlumbaan dunia untuk mencari vaksin bagi virus membunuh ini lebih-lebih lagi untuk membantu golongan warga emas dan orang-orang yang mempunyai penyakit lain yang daya ketahanan mereka kurang dari manusia normal.

Ada yang berminta dan berani?? Tapi kena pergi London, Englandlah. - KitaReporters

Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 boleh dibaca di https://kitareporters.com/coronavirus

1
1
0
0
0

Copy Link: