Video| Mak oiii! Seramnya! Pendaki gunung terserempak wanita berpakaian putih! Dipercayai puntianak?

Published by
KitaReporters

PEMANDANGAN Gunung Salak, Jawa Barat. - Kredit foto: Video Nur Muhd


BARU-BARU ini, seorang pendaki yang melakukan pendakian di Gunung Salak, Jawa Barat, Indonesia  terkejut dan menyeram bulu roma apabila dia terserempak dengan seorang wanita berpakaian serba putih yang dipercayainya sebagai puntianak yang muncul secara tiba-tiba. 

Kejadian yang berlaku pada waktu siang hari itu menyebabkan pemuda tersebut dan beberapa rakannya seolah-olah tidak percaya bahawa lembaga yang muncul di hadapan mereka bukanlah puntianak kerana puntianak biasa ditemui pada waktu malam.


Lagi cerita-cerita misteri berkaitan hantu-hantu


WANITA berpakaian putih (bulatan merah) dikatakan sebagai puntianak dijumpai waktu siang hari oleh beberapa pendaki ketika mendaki Gunung Salak, Jawa Barat, baru-baru ini. - Kredit foto: TikTok


Walaupun sama ada sosok itu adalah pontianak ataupun sebaliknya, mereka tetap meneruskan perjalanan untuk mendaki gunung yang tertinggi di Indonesia itu sambil merakam gambar sosok wanita berpakaian serba putih itu dalam keadaan menakutkan. 

Handphone pendaki itu sudah di'zoom' beberapa kali namun lembaga yang dipercayai puntianak itu tidak dapat ditangkap gambarnya dengan jelas, lapor portal berita tamanpendidikan.com dari Indonesia, baru-baru ini.

Mereka hanya berjaya merakam lembaga berpakaian berwarna putih duduk di atas batu dengan wajahnya tidak jelas dan nyata. 

Kemudian pendaki terbabit memuat naik video pendek tentang kejadian yang merinding bulu roma serta menakutkan itu dalam media sosial oleh pemilik akaun Instagram @pendakibansel. 


MENYERAM bulu roma melihat sosok wanita berpakaian putih tiba-tiba muncul di tengah hutan Gunung Salak, Jawa Barat. - Kredit foto : Video Nur Muhd


Setelah video rakaman oleh @pendakibansel itu menjadi tular dalam media sosial dan sehingga kini lebih 1 juta penonton video tersebut.

Netizen yang melihat video berkenaan turut terkejut dan memberi komen dengan kejadian yang menyeramkan pendaki gunung terbabit akibat terjumpa lembaga berpakaian warna putih di tengah-tengah hutan itu.

Seorang pengguna media sosial berkata, dia salah seorang penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan Gunung Salak selalu mendengar cerita-cerita misteri tentang gunung tersebut.


Kredit foto : Instagram @pendakibansel


Gunung Salak adalah tingginya 2,211 meter yang merupakan sebuah gunung berapi yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Bogor dan suhu sekitar kawasan itu sentiasa sejuk.

Menurut portal Oketravel, Gunung Salak adalah dianggap suci oleh masyarakat setempat dan bagi mereka mendaki gunung tersebut diminta bersikap elok dan menjaga pertuturan semasa berada di dalam hutan tebal itu.

Ada beberapa misteri yang berkait dengan gunung itu menurut kepercayaan orang-orang tua dahulu.

Menurut ceritanya, di situ terdapat kerajaan ghaib dan misteri harta karun yang bersembunyi di dalam kawasan gunung itu selain sebuah pesawat terhempas di hutan tebal sejak berpuluh-puluh tahun lalu. 



``Bukan setakat pesawat terjatuh di kawasan itu sahaja malah burung-burung pun tidak berani berterbangan di kawasan pesawat terjatuh itu,’’ kata akaun @ckhoerrunniah.

``Gunung Salak amat mengerikan sih,’’ balas akaun @fahmiifawzi. - KitaReporters


15
11
0
19
0

Copy Link: