Oyen dah ada teman? Si Ompok? Netizen minta Zoo Negara bina taman kucing pulak! Sanggup sumbang duit!
Published byNetizen yang rajin menjengok tempat si Oyen di Zoo Negara, Kuala Lumpur yang kini sudah dapat papan tanda sendiri - Oyen bersama haiwan itu turut memviralkan hari ini pada 12 Ogos 2023, menunjukkan si Ompok turut bersama-sama lepak dengan kelompok capybara (kapibara) itu.
Dan Oyen kelihatan tidak berkelakuan pelik atau marahkan teman barunya itu.
Pemandu tram (kereta api mini) dalam Zoo Negara, memberitahu Ompok itu selalunya singgah untuk makan, minum dan lepas menghilang.
Hari itu, Ompok seolah-olah diterima sebagai kawan oleh si Oyen, membuatkan netizen berfikir tentang usaha itu dibuat pihak pengurusan zoo bagi kucing itu mengawan.
Si Oyen dilaporkan sudah tiga tahun bersama kelompok tikus berkenaan yang juga dikenali sebagai babi air selepas kehilangan ibunya dan dia dikatakan menjadi satu daya penarik utama Zoo Negara yang menerima dua kali ganda pengunjung semata-mata untuk melihat kelakuannya bermain-main dengan haiwan yang baka asalnya 'tikus' itu.
Naib Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata Oyen kini menjadi ‘Star of Zoo Negara’ (Bintang Zoo Negara) mempunyai populariti luar biasa susulan keunikannya bersahabat dengan capybara sejak tiga tahun lalu.
Sebelum itu juga, pihak zoo dikatakan sedang mencari pasangan bagi membolehkan kucing itu "membina keluarganya sendiri"
“Setiap hari, 95% daripada pengunjung yang datang hanya mahu melihat Oyen. Oyen sangat popular, sebab itu saya panggilnya The Star of Zoo Negara, malah kedatangan pengunjung juga meningkat dua kali ganda terutamanya pada hujung minggu,” katanya dipetik oleh Bernama.
Zoo Negara menempatkan Oyen bersama capybara untuk memantau pemakanan sihat dan sebarang masalah membabitkan kesihatan haiwan itu dapat diberi rawatan segera.
“Kami sedang berusaha untuk mencari pasangan yang sama jenis dan seusia dengan Oyen. Jadi, jika Oyen sudah tiada, akan ada anaknya nanti di sini untuk tatapan pengunjung,” katanya lagi.
Peningkatan pelawat itu turut membantu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi pihak zoo sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Covid-19.
Sebelum ini Zoo Negara membawa masuk panda dari China untuk menceriakan suasana zoo berkenaan dan adanya Oyen membuatkan sambutan Hari Kucing Sedunia 2023 lebih meriah. Pihak zoo secara rasminya pada 8 Ogos 2023 lalu, menampalkan papan tanda nama Oyen kerana tuah kucing itu membawa rezeki.
Tular mengenai Oyen dan sekumpulan capybara ini turut mendapat perhatian ramai sehingga ke luar negara.
Turkiye (Turki) adalah antara negara yang paling menyayangi kucing dan Istanbul dikenali sebagai "Catstanbul" apabila membiarkan jutaan kucing berkeliaran dan dijaga sepenuhnya oleh sukarelawan khas.
Semua kucing bukan saja disediakan rumah tetapi juga makan, minum dan pelancong juga dibenarkan "makan semeja" dengan kucing berkenaan.
Terbaru user19760826 mencadangkan, pihak zoo membina Taman Kucing dan dia mewakili rakyat 'bersetuju' pada dasarnya untuk menyumbangkan kewangan. Malah ada beberapa warga lain bertalu-talu memberi komen mereka sangat suka dan menyokong cadangan itu.
FaiszalFaiszal@mamacat turut bersetuju dengan idea berkenaan sambil merujuk kepada znmzoonegara untuk membantu kucing geladangan ada tempat berteduh. Ini turut disokong oleh Merong Mahawangsa 100 peratus.
Muhd akmal memuat naik komennya yang agak lucu, "Pastikan kucing geladangan itu tidak dilupakan untuk ditempatkan di situ dan siap sekali dengan pakej 'gomol' (boleh bermain dan bermanja-manja dengan kucing) sambil disampuk oleh mamacat, "Kan nanti rimau pula jeles."
Sebelum ini, tular mengenai kisah seekor kucing berwarna oren atau dikenali sebagai ‘Oyen’ berada di dalam kandang tikus gergasi capybara di Zoo Negara.
Menariknya, Oyen kelihatan berkawan baik serta saling bermanja dengan kumpulan capybara itu meskipun kedua-dua jenis haiwan terbabit datang daripada spesies yang berbeza. - KitaReporters