Video| Nak petik daun! Maya nak masak ikut resipi Khairulaming! Tiba-tiba KA komen! Banyaknya daun!

Published by
KitaReporters


Orang utan merupakan sejenis primat dalam genus Pongo yang terdapat di kawasan merangkumi hutan-hutan hujan Borneo dan Sumatera. Ia haiwan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Malaysia dan Peraturan tentang Jenis Tumbuhan dan Satwa Yang Dilindungi Indonesia.

Kalau China terkenal dengan beruang panda, manakala Malaysia dan Indonesia terkenal dengan orang utan. Spesies orang utan sangat terancam disebabkan oleh pembalakan, penanaman kelawa sawit dan pemburuan yang serius.



Bagi memastikan kelestarian spesis ini, maka kerajaan Malaysia menubuhkan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok yang terletak di Sabah. Manakala di Semenanjung Malaysia, orang utan boleh dilawati di Zoo Negara Malaysia yang terletak di Hulu Kelang, Selangor.

Tahukah anda, orang utan antara primat yang paling cerdas, dengan menggunakan pelbagai alat-alat canggih serta membina sarang tidur yang teliti daripada dahan ranting dan daun setiap malam.



Gelagat bijak mereka ini telah dipertonton oleh Zoo Negara Malaysia melalui media sosial sehingga bukan sahaja menarik perhatian ramai termasuk pempengaruh terkenal, Khairulaming.

“POV: Tengah sediakan barang masak untuk ikut resipi Khairulaming. Lepas tu tak jadi pula,” tulis admin TikTok milik Zoo Negara Malaysia.



Kapsyen tersebut membuatkan ramai terhibur apatah lagi melihat gelagat orang utan bernama Maya yang sedang sibuk mencarik daun dan mematahkan dahan pokok seperti sedang menyediakan bahan untuk memasak.



Malah, kapsyen tersebut juga mengundang komen-komen lucu sehingga ramai yang memetik (tagged) nama Khairulaming. Jadi, tidak hairanlah akhirnya Khairulaming muncul dan seterusnya meninggalkan komen lucu. 

“Banyaknya adik petik daun kari. Pakai dua tangkai je dik,” seloroh Khairulaming.




Dalam sekelip mata, Maya si orang utan menjadi bintang. 

Menurut Zoo Negara Malaysia, Maya merupakan orang utan Sumatera. Malah orang utan dikenali sebagai primat yang bijak.

Fun fact: Orang utan Sumatera sangat pandai dan mereka guna alat bukan hanya untuk bertahan hidup, tapi juga untuk bermain. Kadang-kadang mereka guna daun sebagai payung, atau buat mainan daripada ranting pokok!” tulis admin. - KitaReporters



7
10
0
15
0

Copy Link: