OMG!! BOLEH HAMIL DI DALAM KOLAM RENANG??

Published by
KitaReporters
PERNAHKAH anda semua mendengar mitos bahawa seseorang wanita yang berenang di dalam kolam renang akan mengandung kerana sperma yang diejakulasikan di dalamnya? : KitaReporters.com


Kecoh di Indonesia dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sitti Hikmawatty, seorang profesor kolej dan pesuruhjaya untuk kesihatan, narkotik dan bahan adiktif di Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia (KPAI) hingga menjadi perhatian ramai.

Ini kerana beliau mengatakan bahawa kehamilan boleh terjadi apabila wanita dan lelaki berenang di sebuah kolam yang sama

Menurut Siti, kehamilan ini adalah berlaku secara tidak langsung atau hamil tanpa bersetubuh secara fizikal.

"Ini boleh terjadi apabila apabila terdapat sperma yang sangat kuat.  Segelintir lelaki yang terangsang di dalam kolam renang akan mengejukalisi di dalam kolam dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada wanita yang sedang subur.

"Kadang-kadang anda tidak tahu apa yang lelaki akan lakukan apabila mereka melihat wanita di kolam renang." 

Sitti berkata, dia mendapat maklumat dari jurnal luar negeri tetapi tidak memberitahu sumber asal.



Sitti Hikmawatty. - Kredit foto: Facebook KPAI


Oleh kerana kenyataan ini, ramai pakar yang mengatakan bahawa seorang wanita tidak akan hamil jika berenang di dalam kolam.

Menurut seorang pakar pediatrik, Kriston Silitonga, beliau tidak pernah mendengar atau menemui mana-mana wanita yang telah hamil akibat berenang dengan seorang lelaki.

Beliau berkata, sperma mesti bertemu dengan telur sebelum ia boleh disenyawakan. Apabila anda berenang, anda memakai pakaian renang, dan sperma perlu bertemu dengan telur.

Exco Persatuan Doktor Indonesia (IDI) Nazar memberitahu The Jakarta Post, "mustahil" untuk seorang wanita hamil di ketika berenang di dalam kolam renang. 

"Air di kolam renang mengandungi klorin dan bahan kimia lain. Sperma tidak dapat bertahan dalam keadaan ini."

Rata-rata netizen berasa marah dengan Sitti Hikmawatty kerana menyebarkan maklumat salah.

Seorang doktor blogger Indonesia menekankan di sini, berenang tidak akan menyebabkan kehamilan.

"Bukan semua lelaki yang berenang ejakulasi, sperma tidak boleh hidup dalam air kolam berklorin, apalagi berenang ke dalam vagina." 

Dalam media sosial, rata-rata netizen mengejek dan menyindir kenyataan doktor tersebut.

Semoga kita semua tidak mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa membuat kajian terperinci. - KitaReporters.com

1
1
1
0
3

Copy Link: