Skim Perubatan Madani diperluas ke seluruh negara! Mulai 15 Sept 2023! 130k pesakit dah terima faedah!
Published byHospital kerajaan adalah pilihan utama rakyat di Malaysia tanpa kira sakit apa sekalipun, tetap akan pergi ke situ kerana caj yang dikenakan sangat murah jika dibandingkan dengan klinik swasta.
Disebabkan ini, hospital milik kerajaan sentiasa sesak sehingga membuatkan seseorang perlu menunggu berjam-jam lamanya hanya untuk berjumpa doktor termasuk di kawasan kecemasan.
Melihat situasi ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengorak langkah dan mengambil beberapa pendekatan dengan memperkenal Skim Perubatan Madani (SPM) kepada rakyat golongan B40 yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Skim dari KKM ini telah mendapat sambutan baik apabila lebih 130,000 rawatan pesakit luar diberikan melalui 1,300 klinik swasta yang terpilih.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada 19 September 2023 berkata SPM telah diperluas ke seluruh Malaysia berkuat kuasa 15 September 2023 dan inisiatif tersebut membolehkan orang kurang berkemampuan hadir ke klinik swasta secara percuma untuk mendapatkan rawatan pesakit luar ringan.
Diperkenal sejak Jun 2023, setelah mendapat maklum dalam beberapa perkara, KKM menambah baik seperti meningkatkan had fi konsultasi dari RM30 kepada RM35 dan menambah jumlah had fi konsultasi dan ubat dari RM60 kepada RM70.
Selain itu, bilangan jenis ubat disenaraikan dalam pakej SPM akan ditingkatkan daripada 150 kepada 170 jenis serta kadar bayaran yang ditetapkan untuk ubat-ubatan akan disemak kembali agar selaras dengan harga pasaran.
Usaha baik pihak kerajaan terutama daripada kementerian tersebut harus dipuji kerana mengambil kira pelbagai faktor terutama mereka yang berusia kadang-kala tidak boleh menunggu terlalu lama akibat faktor usia. - KitaReporters