Terima kasih! 100 petani dapat baja percuma! Bayar RM50 kos pengurusan, dapat baja bernilai RM600!
Published by
KitaReporters
--title--
Petani hanya perlu mambawa tong kosong dan membayar wang pengurusan sebanyak RM 50 untuk mendapatkan 100 liter baja cecair bernilai RM600.
Menyedari tekanan yang dihadapi petani-petani berikutan kenaikan ketara 'input' pertanian terutama baja dan racun ketika ini, Pusat Khidmat ADUN Tenang dengan kerjasama PPP Agricare Sdn Bhd menganjurkan Program Ramah Mesra dan Jalinan Petani bagi membantu golongan tersebut mendapatkan baja dengan kadar lebih 90 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh berkata, seramai 100 petani di kawasan Labis yang layak dipilih untuk menyertai program tersebut di mana setiap petani diperuntuk sebanyak 100 liter baja cecair yang boleh dicairkan dengan nisbah 1:100-200 bergantung kepada jenis tanaman.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sektor pertanian
Haslinda Salleh bertny sesuatu kepada petani yang terpilih untuk mendapatkan baja cecair semasa Program Ramah Mesra dan Jalinan Petani di Labis, Johor.
"Sebenarnya petani hanya perlu membayar RM50 sahaja sebagai kos pengurusan pihak syarikat terbabit, bayaran tersebut bukan harga baja seperti yang disangka oleh mereka dan harga pasaran baja sebanyak 100 liter yang mereka perolehi itu adalah RM600 yang diberi secara percuma bagi membantu mengurangkan beban mereka.
"Memandangkan aktiviti pertanian merupakan antara aktiviti utama penduduk di kawasan ini, saya yakin mungkin terdapat petani yang tercicir dan tidak tersenarai sebagai peserta program ini, namun saya harap akan ada lagi pihak yang sudi menjalin kerjasama dengan kami bagi tujuan menganjurkan program serupa yang mampu meringankan beban petani di sini," katanya ketika ditemui selepas program tersebut di pekarangan Pusat Khidmat ADUN Tenang, Labis, Johor pada 29 Oktober 2022 lalu.
Sebahagian petani di kawasan Labis yang hadir untuk mendapatkan baja cecair secara percuma di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Tenang, Labis, Johor pada 29 Oktober 2022.
Dalam masa sama beliau turut menasihatkan petani terlibat dapat menggunakan baja yang diterima itu dengan sebaik mungkin bagi tujuan meningkatkan hasil pengeluaran tanaman mereka bukannya memilih jalan mudah untuk mendapat keuntungan segera dengan menjual baja tersebut.
Katanya, petani perlu menghargai peluang dan bantuan seperti ini yang jarang diperolehi dengan cara menggunakan apa yang diterima dengan sebaik mungkin untuk manfaat diri sendiri serta keluarga, pemberi bantuan tidak mengharap sebarang balasan daripada apa yang mereka lakukan sebaliknya hanya mahu melihat manfaat kepada petani terlibat.
Dr. Clinton Chai memberi penerangan mengenai kaedah pengunaan baja Pro-ASC yang dibekalkan kepada petani.
Sementara itu peneraju PPP Agricare Sdn Bhd, Dato' Dr. Clinton Chai berkata, syarikatnya telah terlibat secara langsung dalam 'Researh and Development' (R&D) menghasil dan memasarkan baja bioorganik yang memberi fokus terhadap penghasilan rantaian pengeluaran produk pertanian serta persekitaran yang lebih sihat.
"Pada hari ini kami membekalkan baja cecair Pro-ASC kepada petani di mana ia bukan sahaja berfungsi untuk pertumbuhan pokok serta penghasilan buah yang lebih baik, tetapi turut merawat dan meneutralkan tanah yang berasid tinggi.
"Sebenarnya tanpa disedari petani di negara ini antara masalah terbesar yang dihadapi mereka adalah kandungan asid yang tinggi di dalam tanah dan salah satu penyelesaiannya adalah penggunaan produk yang mampu merawat tanah seperti Pro-ASC ini," katanya.
Beliau berkata, pengunaan baja bioorganik mampu menjamin pengeluaran hasil pertanian termasuk buah-buahan selain persekitaran yang lebih sihat seretrusnya melahirkan masyarakat yang sihat. - KitaReporters
Beberapa petani yang hadir untuk mendapatkan baja secara percuma bergambar kenangan dengan Haslinda Salleh.
14
8
0
8
0