Video| Baling menangis lagi! Banjir melanda semula! Kali ketiga dalam satu bulan! Penduduk bimbang!

Published by
KitaReporters


PENDUDUK Baling, Kedah sekali lagi dilanda dengan ujian bencana alam apabila hujan lebat selama beberapa jam sejak lewat petang, Selasa, 2 Ogos 2022 mengakibat banjir di empat kampung.

Ini adalah kejadian ketiga dalam tempoh kurang sebulan sejak tragedi kepala air di Kupang, Baling pada 4 Julai 2022.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan bencana banjir


Anggota APM Baling melakukan operasi menyelamatkan mangsa dalam arus deras di Baling 


Menurut Ketua Polis Baling, Superintenden Shamsudin Mamat, empat kampung terjejas adalah Kampung Batu Tujuh Rambong, Kampung Charok Juan, Kampung Telok Sanau dan Kampung Bendang Sera.

Beliau memberitahu, hujan lebat itu mengakibatkan aliran air dari Gunung Inas meningkat lantas sekali lagi memuntahkan air selut ke kampung berkenaan. 

Hujan lebat mengakibatkan limpahan air sungai dari Gunung Inas Baling.

Pada 29 Julai 2022 lepas, banjir sekali lagi melanda Kupang yang menjejaskan 32 penduduk Kampung Padang Empang.

Kejadian terbaharu lewat petang 2 Ogos 2022 ini selain mencemaskan warga Baling yang masih trauma dengan kejadian kepala air dahulu turut mendatangkan panik dalam kalangan netizen dalam media sosial.

Beberapa video kejadian banjir di kampung berkenaan yang memaparkan arus deras serta air berkeladak terus mengundang tanda tanya bilakah kejadian seumpama ini akan berakhir. - KitaReporters


 

10
13
0
24
0

Copy Link: