Keluarga Malaysia santuni pesakit kanser! Amorepacific anjur bengkel mekap! Tingkatkan keyakinan diri!
Published byPESAKIT kanser memerlukan sistem sokongan daripada masyarakat keliling khususnya Keluarga Malaysia kerana lazimnya selepas menjalani rawatan mereka mengalami perubahan penampilan fizikal.
Antaranya kulit yang anjal sebelumnya bertukar kendur dan kusam malah rambut lebat kehitaman juga akan mengalami keguguran. Disebabkan perubahan tersebut, mereka hilang keyakinan diri.
Atas alasan tersebut, Amorepacific Malaysia, yang memiliki jenama kosmetik popular seperti Laneige, Sulwhasoo, Innisfree, Ryo dan Mise En Scene telah bekerjasama dengan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).
Sebagai sebahagian anggota Keluarga Malaysia, mereka menyantuni 130 pesakit kanser dan bekas pesakit kanser dalam bengkel ‘Makeup Your Life', baru-baru ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pesakit-pesakit kanser
Pesakit dan bekas pesakit kanser bergambar bersama ketika mengikuti bengkel "Makeup Your Life" anjuran Amorepacific Malaysia dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).
Melalui bengkel tersebut, Amorepacific Malaysia mengadakan beberapa sesi demontrasi pada bulan Ogos 2022 lalu dan bulan Disember depan berkaitan solekan dan penjagaan kulit.
Tujuannya untuk membantu pesakit kanser dan bekas pesakit kanser mencantikkan diri dan paling penting mereka perlu bangkit untuk kelangsungan hidup yang lebih positif.
Hasilnya,
selepas bengkel, 98 peratus daripada peserta berpuas hati dan mereka teruja
kerana terpilih dan berjaya meningkatkan keyakinan diri.
Pengurus
Amorepacific Malaysia, Margaret Chin berkata, perubahan fizikal akibat rawatan
kanser boleh menjejaskan keyakinan diri dan emosi seseorang. Justeru,
mencantikkan diri ketika fasa rawatan mampu membantu pesakit.
“Kami gembira berkongsi panduan dan kaedah kecantikan dengan pesakit dan bekas pesakit kanser.
"Melalui program begini akan membantu mengubah serta mencantikkan mereka ketika menempuh kehidupan yang mencabar ini. Diharap kami dapat menemui lebih ramai pesakit dan meneruskan misi membantu meningkatkan kualiti hidup mereka,” ujarnya.
Apa
yang menarik, Amorepacific Malaysia turut menyampaikan satu set penjagaan
kulit, produk solekan dan penjagaan rambut kepada pesakit dan bekas pesakit kanser untuk penjagaan diri
di rumah.
Ketua
Pegawai Eksekutif SJMC, Byran Lin pula menzahirkan terima kasihnya terhadap inisiatif
dan kerjasama dengan Amorepacific Malaysia.
"Bengkel
yang dijalankan sangat menyentuh hati
apabila melihat semua pesakit kami berseri-seri dan berasa gembira malah mereka
teruja dan memberi nilai kualiti yang lebih baik.
“Peserta juga berpuas hati dan meninggalkan kesan yang bermakna dalam perjalanan pesakit kerana setiap hari adalah penting.
"Kami berharap dapat bekerjasama untuk jangka panjang dengan Amorepacific dan lebih ramai pesakit kanser SJMC boleh mendapat manfaat daripada program ini,” ujarnya.
Program ‘Makeup Your Life’ telah dijalankan sejak 2008 bermula dengan Korea Selatan dan kemudiannya diperluas ke negara lain termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Singapura, Thailand dan Malaysia. - KitaReporters