SESIAPA sahaja tanpa mengira sama ada mereka petani ataupun pesawah pasti merasa sedih apabila hasil setiap keringat serta penat lelahnya yang diusahakan selama ini tidak mendapat ganjaran yang setimpal sebagaimana yang diharapkan. Hanya kesabaran dan keimaman yang menjadi tunggak kekuatan diri masa itu. : KitaReporters

Mohd Zawawi Ab. Rahman menunjukan padinya yang tidak dapat dituai kerana masalah sistem perparitan yang kurang sempurna di sawah padi di Kampung, Jelapang, Setiu, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan petani:

https://kitareporters.com/search?search=petani


Masalah itu amat memilukan hati pesawah padi selepas sawah padi mereka dianggarkan seluas kira-kira 30 hektar di Kampung Jelapang, Setiu, Terengganu yang sudah masak menguning dibiarkan begitu sahaja di sawah kerana  ia tidak dapat dituai akibat masalah sistem perparitan tidak teratur menyebabkan kawasan bendang mereka berair sepanjang masa.

Kesulitan serta kesedihan yang dialami itu membabitkan sepuluh pesawah padi di kawasan berkenaan sejak dua tahun lalu sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM70,000 disebabkan padi mereka tidak dapat dituai ketika ini.

Seorang pesawah, Mohd Zawawi Ab. Rahman,  39, berkata sekiranya sistem perparitan air sempurna sudah pasti air yang mengalir dari arah sebuah anak bukit yang terletak tidak jauh dari sawah mereka akan dapat terus mengalir ke sungai.

Sebaliknya masalah itu terjadi, katanya, ia berpunca tiada sistem perparitan baru yang sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan  di kawasan perparitan yang sedia ada itu sepanjang kira-kira 500 meter.

  

Jentera tuai yang tersangkut di sawah ketika jentera itu sedang menuai padi.


``Jika kerajaan membina serta menyambung  perparitan di kawasan itu, saya percaya masaalah ini dapat diatasi kerana pengaliran air dari anak bukit itu dapat mengalir dengan sempurna ke sungai dan ia tidak tersangkut lagi kerana buat masa ini kawasan yang saya maksud itu tiada lagi parit air.  

``Sekarang ini musim hujan boleh dikatakan setiap petang hujan turun dan air dari anak bukit itu semakin banyak dan bila air banyak ia tidak terus mengalir ke sungai kerana tersangkut di kawasan seluas 500 meter itu yang tiada lagi perparitan menyebabkan ia melimpah ke dalam sawah padi sehingga bendang kami berair dan tanah lembik serta berlumpur, '' katanya.

Ab. Rahman Awang Nor


Seorang lagi petani, Ab. Rahman Awang Nor ketika ditemui memberitahu apabila sawah petani di kawasan itu bertanah lembik serta berlumpur mengakibatkan tiada jentera tuai yang sanggup turun ke sawah mereka untuk menuai padi itu yang sudah masak sejak bulan lalu. 

Beliau berkata, sebelum itu para petani di kawasan berkenaan sudah menyewa sebuah jentera tuai padi tetapi sebaik sahaja kerja-kerja menuai dilakukan jentera itu pula tersangkut di kawasan bendang.

``Kami terpaksa menggunakan  tujuh batang pokok kelapa untuk menarik keluar  jentera tuai yang tersangkut dan tidak dapat bergerak kerana tanah di sawah lembik dan kami mengambil masa lima hari untuk mengeluarkan jentera itu ke kawasan yang selamat,'' katanya.

Beberapa orang petani sedang membantu kerja-kerja menarik jentera tuai yang tersangkut di kawasan sawah padi Kampung Jelapang, Setiu, Terengganu akibat sawah ke kawasan selamat


Khairuddin menunjukan rumput serta lalang yang sepatutnya dicuci untuk pengaliran air yang sempurna ke sawah padi petani dan sebelah kirinya kawasan yang dicadangkan untuk pembinaan parit baru supaya pengaliran air tidak tersangkut.


Sementara itu, Khairuddin Abdul Rahman, 43, berkata masalah itu bukan sahaja melibatkan kerugian kerana padi mereka tidak dapat dituai sebaliknya mereka terpaksa juga menanggung kerugian kos tanaman padi itu termasuk benih, racun dan baja

Beliau menganggarkan setiap pesawah di kawasan itu mengalami kerugian antara RM5,000 hingga RM7,000 seorang.

``Dalam hal ini, saya  mencadangkan pada pihak kerajaan dapat membina dan menyambung  sistem perparitan baharu di kawasan itu dan juga melakukan kerja-kerja membersihkan parit yang sedia ada bagi memudahkan tanaman padi kami pada masa akan datang kerana kehidupan kami kebanyakan bergantung kepada hasil tanaman ini,'' katanya. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: