'KAMPUNG PEOPLE' PROTES GUNA MEDIA SOSIAL!!
Published byZAMAN sekarang ini, hanya menggunakan media sosial ia bakal menjadi viral atau tular. Kuasa tular ini juga telah digunakan oleh penduduk Jambi, Indonesia bagi menyelesaikan masalah di perkampungan mereka yang sudah lama dilaporkan kepada pihak atasan. : KitaReporters.com
Gambar-gambar dari FB https://www.facebook.com/Roedy.gomugomu/posts/3914049465275738
Ini telah dikongsikan oleh portal berita Metro Jambi, Indonesia.
Para penduduk di daerah tersebut telah berkongsikan gambar di kawasan perumahan mereka dengan memaparkan jalan yang berlubang dengan sangat teruk dan dipenuhi dengan takungan air.
Menurut Metro Jambi, penduduk setempat sengaja mengambil foto di jalan yang rosak tersebut dengan pelbagai gaya dan seperti sedang bersantai sebagai tanda protes kepada pemerintah di kawasan berkenaan.
Ini kerana mereka semua mahu jalan tersebut dibaiki dengan kadar segera.
Selain mengambil foto, penduduk setempat juga turut memberi sindiran dengan mengajak masyarakat lain untuk bercuti dan beriadah di situ.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Rudi berkata, jalan berlubang itu sudah lama tidak dibaiki dan ia sangat berbahaya buat penduduk yang lalu-lalang setiap hari.
Dengan adanya media sosial dan kuasa viral, dia berharap pemerintah segera menyelesaikan masalah tersebut.
Sejak gambar tersebut tular dalam media sosial, pihak atasan di daerah tersebut telah membaiki jalan berkenaan yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.
Hebat juga kuasa viral ini.
Semoga masyarakat Malaysia juga mampu bersuara. Selamat mencuba!! - KitaReporters.com