VIDEO yang memperlihatkan pasangan beza usia sebanyak 48 tahun kini tular dalam sejumlah laman sosial. Video itu memperlihatkan seorang wanita berusia 22 tahun berkahwin dengan seorang datuk yang berusia 70 tahun.

Perkahwinan itu menerima pandangan negatif daripada sejumlah netizen. Mereka beranggapan perkahwinan yang berjarak cukup jauh itu tidak wajar dilakukan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pernikahan:

https://kitareporters.com/search?search=pernikahan


Pasangan suami isteri berbeza usia 48 tahun menunjukkan surat nikah mereka.


Video itu menjadi tular apabila mula ia dimuat naik dalam TikTok akaun @rani_py, pada Rabu, 24 Februari 2021.

Setelah tular, wanita bernama Rani dari Tasik Malaya, Jawa Barat itu mengaku bahawa video itu hanya hasil kerja suntingan.

Sebenarnya suaminya baru berusia 24 tahun. 

Video tersebut telah ditonton lebih 11 juta kali sehingga Rabu, 3 Mac 2021.

Dalam videonya, si wanita membuat grafik yang memperlihatkan usianya 22 tahun, manakala suaminya, si sugar daddy, 70 tahun.



Pasangan pengantin memegang kad nikah mereka.



Berdasarkan video  yang dimuat naik, wajah suaminya terlihat sudah berkedut seperti lelaki 70 tahun. 

Rani dan suaminya Redza bernikah pada 22 Januari 2021. Redza sebenarnya baru berusia 24 tahun dan perbezaan sebenar usia kedua-duanya hanya dua tahun.



Bagaimanapun Rani ingin melakukan kelainan dalam TikToknya bagi mendapat perhatian ramai penonton.

"Itu hanya suntingan, saya sunting bahagian muka suami saja. Saya menggunakan aplikasi Face up," katanya kepada Tribunnews.com, pada Jumaat, 26 Februari 2021.

Rani mengaku baru belajar menggunakan aplikasi Face up, setelah melihat sejumlah kawan menggunakan aplikasi itu.

Si suami terkejut melihat video itu dan meminta dia memadamkan  video TikTok itu.

NamunRani enggan memadamkannya dan mengganggap kemungkinan suaminya akan berwajah sedemikian apabila berusia 70 tahun.



Perkembangan teknologi menghasilkan pelbagai aplikasi baru.

Melalui aplikasi Face up, anda boleh membuat wajah manusia dari bayi hingga puluhan atau ratusan kaum. Tetapi berhati-hatilah mengubah wajah seseorang tanpa keizinannya. - KitaReporters


2
1
0
0
0

Copy Link: