Ambil hampir 90 suntikan vaksin! Warga emas jual nombor siri sijil vaksin! Untuk jana pendapatan!

Published by
KitaReporters


MENDAPATKAN suntikan vaksin COVID-19 kini menjadi keperluan kepada semua individu di semua negara, namun ada juga yang masih was-was dengan vaksin berkenaan.

Mengambil kesempatan di atas perkara tersebut, seorang lelaki warga emas dari Magdeburg, Jerman tergamak menjana pendapatan melalui keraguan tersebut.


Lagi kisah-kisah berkaitan suntikan vaksin COVID-19


Warga emas yang tidak dinamakan itu dikatakan telah mendapat hampir 90 kali suntikan vaksin COVID-19 di pelbagai pusat pemberian vaksin di negeri Sanxony, Jerman.

Namun kesemua suntikan itu bukan dilakukan sebagai 'benteng' kepada dirinya, sebaliknya dilakukan semata-mata bagi menjana pendapatan kepadanya dengan cara menjual sijil-sijil vaksin yang diperoleh sepanjang mendapat vaksin berkenaan.

Bagaimanapun Ibarat kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga.



Lelaki warga emas itu akhirnya tertangkap apabila perbuatan yang dilakukan itu dikesan pihak berkuasa, baru-baru ini. 

Penahanan tersebut berlaku di bandar Eilinburg, ketika lelaki malang itu sedang proses bagi mendapatkan suntikan seterusnya, sedangkan sehari sebelum itu dia sudah melakukan perkara sama di lokasi berkenaan.

Hasil siasatan mendapat lelaki tersebut telah menerima 87 kali suntikan di pelbagai lokasi pemberian vaksin. 

Semuanya dilakukan bagi membolehkan dia menggunakan nombor siri sijil vaksin tersebut bagi menjana pendapatan melalui penjualan sijil vaksin tersebut kepada individu yang tidak berhasrat mendapat suntikan.

Memetik akhbar Freie Presse, lelaki warga emas itu dikatakan mendapat suntikan sehingga tiga kali sehari semata-mata bagi menjual sijil vaksin tersebut.



Dia bagaimanapun langsung tidak mengendahkan kesan ke dalam badannnya dengan perbuatan yang dilakukan.

Malah, laporan polis menunjukkan setiap kali lelaki itu memasuki pusat pemberian vaksinasi, dia membawa dokumen vaksinasi baharu yang kosong bersamanya.

Kemudian, selepas mendapat suntikan, dia menerima maklumat tentang nombor kelompok vaksin sebelum bertindak menjualnya.

Menariknya, warga emas itu mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi menggunakan nama dan tarikh lahirnya sendiri, tetapi tidak pernah mengemukakan kad kesihatannya semasa janji temu berkenaan bagi mengelak dikesan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

Kes berkenaan bukan pertama kali berlaku kerana Januari 2022 lalu seorang lelaki berusia 83 menerima 10 dos vaksin.

Suspek bagaiamanapun tidak ditahan tetapi disiasat kerana dipercayai mengeluarkan kad vaksin dan melakukan pemalsuan dokumen tanpa kebenaran. - KitaReporters


15
9
0
7
0

Copy Link: