Know It All Box: Kit pembelajaran Green Bag by CIC! Rangsang perkembangan kreativiti kanak-kanak
Published byAntara kit pendidikan awal kanak-kanak, Know It All Box, yang merangsang kreativiti awal kanak-kanak
KITA semua sedar bahawa dunia tanpa sempadan hari ini dan dalam usaha untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, persaingan yang wujud bukan lagi bersifat lokal tetapi global.
Jika
kita ingin menjadi sebuah negara maju yang kompetetif pada peringkat
antarabangsa, modal insan yang kita lahirkan mestilah mampu bersaing pada peringkat global. Maka, kualiti pendidikan kita juga mesti dinilai berdasarkan
penanda atas antarabangsa.
Itu antara inti pati ucapan Ketua Pegawai Eksekutif, Children Enrichment Centre (CIC), Qutren Nada Ahmad yang melancarkan alat bantuan atau kit pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai Know It All Box sebagai usaha menambah baik sistem pembelajaran awal kanak-kanak agar lebih holistik di Cyberjaya, Selangor pada Khamis, 8 April 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pembelajaran
Qutren Nada Ahmad ketika berucap di majlis pelancaran kit pendidikan awal kanak-kanak, Know It All Box di Cyberjaya pada Khamis, 8 April 2021.
Beliau
menambah, mengambil contoh sistem pembelajaran dari negara maju yang berasaskan
play (bermain) and learn (belajar), produk keluaran anak
syarikatnya, Green Bag by CIC membantu menyediakan peluang pembelajaran yang merangsang minda kanak-kanak dalam lingkungan
umur antara tiga hingga tujuh tahun.
“Kotak
kit pembelajaran Know It All Box berasaskan kepada eksperimen sains, lukisan
dan kemahiran. Selain itu, ia juga fokus
kepada 3E iaitu experience (pengalaman), experiment (uji kaji) dan exploration (penerokaan) yang membantu
kanak-kanak merasai sendiri pengalaman yang terkandung dalam kit tersebut.
“Know
It All Box merupakan kit pembelajaran selama 12 bulan yang mengandungi pelbagai
aktiviti dan mempunyai tema yang sangat menarik kanak-kanak. Antara temanya
ialah Yes, I Can Do It, When I Grow Up,
Down On The Farm dan CIC’s Pocket, My Mother/My Queen/My Teacher & My
Happiness, Food & Nutrition serta A Box To The World,” ujarnya.
Lebih
menarik katanya, aktiviti tersebut lebih
memberi impak jika dilakukan bersama anak-anak pada hujung minggu. Ia membantu mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan selain membantu ibu bapa membimbing proses pembelajaran di rumah.
“Know It All Box sebaiknya dilanggan oleh ibu bapa dengan kadar bayaran RM118 untuk sebulan dengan menerima empat aktiviti di dalam kotak berkenaan. Bagaimanapun, jika ibu bapa melanggan selama 12 bulan, kadar bayarannya hanya RM69 sahaja untuk setiap bulan.
“Kami menyediakan 1,000 kit pembelajaran ini untuk dilanggan oleh ibu bapa, guru tadika dan juga pengasuh kanak-kanak. Syarikat juga mempelawa orang ramai di luar sana untuk menjadi ejen menjadi perunding pendidikan untuk berkongsi ilmu melalui produk berkenaan selain menambah pendapatan”, katanya.
Tambahnya sejak CIC ditubuhkan pada 1997, Pusat Perkembangan Minda itu telah mencapai tahap yang mengagumkan apabila 99 peratus pelajar CIC memasuki sekolah rendah dengan pencapaian 80 peratus berada di kelas yang terbaik.
“CIC
Where Leaders Are Born berkembang menjadi institusi pendidikan bertaraf dunia dan jenama yang dipercayai
untuk keluarga muslim di negara ini. Antara objektifnya mendidik anak-anak dengan standard akademik tertinggi yang
selamat, menyeronokkan, dinamik dan seimbang dengan nilai-nilai Islam.
“Lebih
membanggakan anak-anak menjadi lebih yakin walaupun berada di luar sekolah dan
berjaya meningkatkan potensi dari segi intelektual, emosi dan kerohanian.
“CIC
kini menawarkan 18 program dalam tiga
kategori utama, Preschool, Playschool dan
Afterschool. Kini CIC terdapat di 70
lokasi di seluruh negara dengan 16 daripadanya francaisi, 500 kakitangan dan lebih daripada 5,000
pelajar,” katanya.
Untuk maklumat lanjut berkaitan kit pembelajaran Know It All Box, layari www.greenbag.my atau akaun Facebook Green Bag By CIC dan Intagram, greenbagbycic, - KitaReporters
Qutren Nada Ahmad (tengah, barisan belakang) bersama dua guru dan kanak-kanak kelas tadika CIC pada majlis pelancaran kit pendidikan awal kanak-kanak, Know It All Box di Cyberjaya pada Khamis, 8 April 2021.