Terbaik UniSZA! Pelajar dapat 2 faedah kerana PKPB, COVID-19
Published byPELAJAR Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu berpeluang menikmati inisiatif pembelian komputer riba dan elaun pembelian data Internet berikutan krisis pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dilaksanakan oleh kerajaan. Kemudahan yang disediakan itu bertujuan memberi bantuan pinjaman pembelian komputer riba dan elaun pembelian data Internet sebanyak RM100 kepada pelajar yang memerlukan. : KitaReporters
Inisiatif UniSZA kepada pelajar. - Kredit foto: Twitter MPP UniSZA
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, kedua-dua inisiatif itu adalah usaha dan kecaknaan UniSZA untuk membantu memudahkan pelajar mengikuti kelas secara dalam talian.
Katanya, dua inisiatif itu untuk membantu pelajar menghadiri kelas secara dalam talian (online) yang akan bermula minggu hadapan susulan krisis pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berterusan.
Beliau berkata, elaun sebanyak RM100 diberikan kepada penuntut untuk tempoh dua bulan bagi pembelian data Internet dan sudah diserahkan kepada 9,878 pelajar melalui akaun bank masing-masing.
"Manakala, pinjaman untuk
pembelian komputer riba sebanyak RM1,500 seorang sudah diluluskan untuk 600
penuntut yang terdiri daripada golongan B40," katanya melalui satu
kenyataan media pada Jumaat, 29 Mei 2020.
Menurutnya, untuk elaun pembelian data Internet sebanyak RM100 diberikan kepada semua pelajar, berjumlah 9,878 orang bagi tempoh dua bulan.
Seorang pelajar UniSZA membuat catatan dalam Facebook memuji usaha UniSZA membantu pelajarMenurutnya, semua pensyarah sudah bersedia untuk mengajar dan memulakan sesi pembelajaran melalui dalam talian itu.
Katanya, pensyarah sudah diberi
kursus sebanyak lima kali seminggu berkaitan pengajaran dan pentaksiran secara dalam talian sebelum ini.
"Manakala simulasi kelas secara online telah dijalankan pada 17 hingga 21 Mei lalu untuk menguji capaian Internet penuntut di kediaman masing-masing sebelum kelas online bermula," katanya. - KitaReporters