Ini baru padu! Cara halang kucing berak merata! Hanya guna bahan alami! Gerenti si bulus ketar ketir!

Published by
KitaReporters


Pelbagai cara dan kaedah dicipta untuk menghalang kucing peliharaan atau jalanan membuang najis di merata tempat. 

Ramai sukakan kucing kerana ia haiwan yang comel dan manja. Namun, tidak ramai yang tahan dengan bau najisnya sama ada tahi dan air kencingnya.

Pernah satu ketika, viral dalam media sosial kaedah menggunakan air yang diisi pewarna merah ke dalam botol untuk menghalang kucing membuang najis merata tempat. 

Namun, cara tersebut dilihat tidak berkesan. Justeru, orang ramai mula mengguna dan mencipta kaedah lain.



Tidak kisahlah cara apa sekalipun, cuma jangan sesekali menyakiti haiwan tersebut kerana ia juga makhluk Allah SWT yang berhak untuk hidup di muka bumi ini.

Perkongsian seorang pengguna TikTok bernama Mit Zalna berkenaan cara atau kedah berkesan untuk menghalang kucing berak merata boleh dijadikan panduan. 

Dia berkongsi ‘resipi’ bagaimana untuk membuat bancuhan yang menggunakan bahan-bahan semula jadi yang dicampur dengan peluntur.



Hanya empat bahan diperlukan untuk membuatnya iaitu halia, limau purut, cecair dan serbuk peluntur. Halia dan limau purut dikisar sehingga menjadi hampas atau serat. 

Kemudian masukkan cecair dan serbuk peluntur. Gaul rata kesemua bahan tersebut. Setelah siap, bolehlah disiramkan di tempat kegemaran kucing membuang najis.

Menurutnya, sudah tiga tahun dia menggunakan kaedah tersebut dan ia sangat berkesan. 

Bau kuat yang terhasil daripada kesemua bahan tersebut, akan menyebabkan kucing tidak suka kerana hidungnya yang sensitif.



Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen. Malah, ramai dalam kalangan mereka turut berkongsi petua atau kaedah sendiri. 

Jadi, anda tidak perlu bergantung kepada satu kaedah sahaja. Kalau yang ini tak berkesan, cuba buat kaedah lain yang dikongsi oleh netizen.



“Saya guna cuka je. Elok je dah tak datang berak lagi depan pintu,” kongsi salah seorang netizen.

Ada juga yang berterima kasih kerana berkongsi kaedah tersebut. Selepas ini dia akan cuba kaedah yang dikongsi itu.

“Sebelum ini saya main cuba je letak clorox di kawasan yang ia selalu melepas (berak). Memang lepas tu tak datang kucing memberak. Kalau ada resipi ni lagi padu. Terima kasih kerana kongsi resipi ni,” tulis netizen yang lain. - KitaReporters


6
13
0
15
0

Copy Link: