Tunggu! Damak maskot baharu Zoo Taiping & Night Safari! Bakal muncul 2025! Zoorama 2024 dirai meriah!
Published byOng Seng Guan (empat dari kiri) dan Khairul Amir Mohamad Zubir (tiga dari kiri) bergambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Reka Ccipta Maskot Rasmi Zoo Taiping & Night.
ZOO Taiping & Night Safari yang dulu dikenali Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya taman haiwan di utara Semenanjung Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1961 dan terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping, berhampiran kaki Bukit Larut dengan keluasan seluas 14 hektar.
Ketika melangkah masuk ke zoo itu, pengunjung pasti merasai pengalaman unik sewaktu menyusuri laluan sejauh 2.5 kilometer di Lingkaran Barat dan Timur dengan latar belakang berkonsep terbuka dalam suasana semula jadi.
Keistimewaan taman hairan ini kerana terletak di kawasan alam semula jadi yang mempunyai ciri ciri fizikal seperti aliran anak sungai, tasik dan kehijauan flora.
Damak yang direka bentuk Mohamad Nizam Said dari Pulau Pinang dipilih pemenang bagi Pertandingan Rekacipta Maskot Rasmi Zoo Taiping & Night Safari.
Sehingga kini, Zoo Taiping menempatkan kira-kira 1,500 haiwan dari 140 spesies mamalia, burung, reptilia dan ikan, antaranya harimau, singa, badak sumbu, badak air, zirafah, gajah, kucing batu, rusa, zirafah, kuda belang, memerang, buaya, ular sawa, kancil, dubuk, anjing liar dan orang utan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Ong Seng Guan, berkata keindahan alam semula jadi dan panorama yang cukup memukau di sekitar Zoo Taiping & Night Safari menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Malah, setiap tahun acara tahunan seperti Zoorama menarik lebih ramai pengunjung untuk merasai pelbagai aktiviti yang menarik.Beliau berkata, kehebatan taman haiwan itu memang terserlah apabila Zoo Taiping & Night Safari pernah memenangi Anugerah Pelancongan Malaysia dalam Kategori Tarikan Pelancongan Terbaik Buatan Manusia dan diiktiraf produk Night Safari Pertama di Malaysia oleh “Malaysia Book Of Records”.Ong Seng Guan
"Night Safari merupakan satu tarikan dan yang pertama di Malaysia. Dan, sejak dibuka untuk orang ramai pada 2003, ia adalah satu produk yang unik kerana ia mempamerkan haiwan-haiwan liar yang aktif pada waktu malam. Malah, 90 peratus haiwan di zoo Taiping jenis nokturnal iaitu aktif pada waktu malam.
"Haiwan-haiwan ini diletak dalam kandang berlatar belakang suasana alam semula jadi dan habitat asal haiwan liar seperti di dalam hutan, menggunakan lampu-lampu khas seakan-akan cahaya bulan."Pengunjung dapat menghayati suasana seperti di dalam hutan dengan pelbagai jenis bunyi haiwan seperti burung pungguk, musang, kijang, harimau bintang dan ungka," katanya ketika menyempurnakan Majlis Peluncuran Zoorama 2024 di Pavilion Zoo Taiping & Night Safari.Ong Seng Guan (tiga dari kanan), Khairul Amir Mohamad Zubir (dua dari kanan) dan Dr Muhamad Ridhwan Affendi (kanan) melawat salah satu reruai yang mengambil bahagian sempena Zoorama 2024.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir; Pengarah Zoo Taiping & Night Safari,. Dr Muhamad Ridhwan Affendi; Ketua Whip Ahli Majlis 1 MPT, Mohd Effendy Datuk Mohamad Zailani; dan Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Abd Malek Ismail.
Zoorama 2024 ialah program tahunan anjuran MPT sejak 2012 dan edisi kali ini lebih istimewa kerana ia disambut sempena ulang tahun ke-150 bandar Taiping. Ia berlangsung selama sembilan hari bermula 21 hingga 29 Disember 2024 dari jam 9 pagi hingga 6 petang
Pertandingan Melukis dan Mewarna sempena Zoorama 2024.
Program itu diadakan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Zoo Taiping & Night Safari selain meningkatkan kesedaran kepentingan pemuliharaan biodiversiti.
Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya Pertandingan Bintang MPT 2024, Rimba Ria Fashion Show, Pertandingan E-Sport Mobile Legend, Zoo Enrichment Day, Zoo Envirohunt, dan Awesum! Zoo Masterchef Junior.
Selain itu, acara berunsur warisan dan kebudayaan seperti Pertandingan Permainan Tradisional, persembahan kebudayaan, Pertandingan Gubahan Pulut Kuning dan Rendang Ayam turut diadakan selain aktiviti selingan seperti kuiz.Kartunis terkenal, Boy PJ turut mengambil bahagian bagi memeriahkan Zoorama 2024.
"Zoorama adalah satu platform hiburan istimewa kepada pengunjung Zoo Taiping & Night Safari sepanjang minggu pertama cuti persekolahan 2024.
"Program ini menyediakan hiburan untuk seisi keluarga selain menyampaikan mesej mengenai pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti. Ini adalah satu usaha penting bagi memupuk rasa cinta terhadap alam semula jadi dalam kalangan masyarakat.
"Saya percaya melalui program ini kita dapat mengukuhkan nilai-nilai cinta kepada alam sekitar dalam masyarakat terutama dalam kalangan generasi muda yang bakal mewarisi negara pada masa depan."Tahun 2024 amat istimewa kerana kita turut meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping. Dan, sebagai bandar tertua di Perak, bandar ini kaya dengan sejarah, budaya, dan warisan alam semula jadi yang tidak ternilai harganya.
"Sambutan ini bukti Taiping terus relevan sebagai destinasi pilihan pelancong, dari dalam dan luar negara. Berdasarkan statistik terkini, Taiping menerima lebih 933,000 pelancong sepanjang 10 bulan pertama 2024.
"Jumlah itu membuktikan sambutan ulang tahun ke-150 bandar Taiping memberikan impak positif besar dari segi ekonomi dan mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum," kata Ong lagi.
Maskot Zoorama 2024 sentiasa menjadi tumpuan pengunjung terutama kanak-kanak.
Sementara itu, Khairul Amir berkata, statistik menunjukkan sehingga 15 Disember 2024, Zoo Taiping & Night Safari menerima 582,959 pengunjung, sekali gus meletakkannya di landasan kukuh bagi mencapai sasaran 600,000 pengunjung menjelang akhir tahun ini (2024).
Menurutnya, sejak 63 tahun penubuhannya, Zoo Taiping & Night Safari mencatatkan pelbagai kejayaan, antaranya pengiktirafan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk nugerah khas pada Majlis Anugerah Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) ke-42 (2024).
"Dalam usaha menambah daya tarikan, zoo juga akan memperkenal maskot rasmi yang direka melalui Pertandingan Reka Cipta Maskot yang diadakan Ogos 2024. Ia akan membuat kemunculan sulung tahun 2025 dan bakal menjadi simbol baharu Zoo Taiping & Night Safari khususnya menarik minat kanak-kanak.
"Saya berharap Zoorama 2024 memberi manfaat kepada masyarakat selain memperkukuh imej Taiping sebagai destinasi pelancongan dan bandar warisan.
"Semoga usaha kita terus diberkati dan menyumbang kepada kejayaan sambutan ulang tahun ke-150 Bandar Taiping dan Tahun Melawat Perak 2024," katanya lagi. - KitaReporters
Peserta yang mengambil bahagian dalam Rimba Ria Fashion Show.
Murid Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Taiping membuat persembahan angklung.