Kemajuan ekosistem digital kritikal untuk tarik pelaburan! Cipta pekerjaan berkualiti tinggi! - PM
Published by
KitaReporters
--title--
Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 27 September 2023.
Hari ini saya telah hadir dan menyampaikan ucaptama penutup di Malaysia ICT Summit 2023 (Sidang Kemuncak ICT Malaysia 2023 )seraya diapit oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Presiden Huawei Asia Pasifik, Simon Lin dan Ketua Persatuan Pengendali dan Perniagaan Alat Mudah Alih (GSMA) untuk Asia Pasifik, Julian Gorman.
Justeru, komitmen Malaysia terhadap transformasi digital dapat membuka peluang baharu merentasi pelbagai sektor daripada e-dagang dan fintech kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Usai perasmian, saya turut berkesempatan melihat sendiri teknologi-teknologi terkini dalam 5G, tenaga hijau dan awan (cloud) yang dipamerkan oleh pemain-pemain industri.
Sayugia, Malaysia membuka ruang kerjasama yang lebih utuh bersama penyedia-penyedia penyelesaian dan rakan kongsi industri ICT dalam memastikan kelangsungan dan daya saing ekosistem ICT serta pertumbuhan pesat ekonomi digital negara.
11
9
0
17
0