SEJAK dilancarkan pada bulan Mei 2018, jenama telefon pintar yang mengetengahkan tagline “Dare To Leap’ atau “Berani Melompat’ terus memperlihatkan peningkatan dan sambutan hangat khususnya dalam kalangan golongan muda. : KitaReporters.com


Perkembangannya yang pesat secara global meletakkan realme mencapai pengguna berdaftar sehingga 17 juta dalam tempoh hanya setahun, malah telah dinobatkan sebagai salah satu jenama 'Global Top 7 Smartphones' bagi suku ketiga tahun 2019.

Selain itu, realme telah berkembang ke lebih 20 buah negara seperti China, India, Asia Tenggara, Eropah, Rusia, Pakistan dan Afrika termasuk Mesir.

Menepati taglinenya, keberanian realme melompat jauh menunjukkan jenama ini bergerak pantas dalam memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan setianya,

Membuka tirai tahun 2020, nampak gayanya jenama ini mahu mendahului pesaingnya dalam memperkenalkan produk terbaharunya dalam siri kelima realme iaitu realme 5i sekali gus menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air.

Kedua-dua produk baharu ini dilancarkan dalam satu majlis penuh meriah memenuhi ciri dan pembuatannya yang tertumpu kepada golongan gamers mahu pun pendengar muzik.

Sehubungan itu, penampilan anggota rappers terkenal  membawakan lagu khas “Haa Tepok Remix’ iaitu Meerfly (tidak hadir atas sebab kesihatan,) MK K Clique dan Kidd Santhe menjadikan majlis pelancaran berlangsung agak unik.



Selain ditayangkan video muzik berbentuk animasi lengkap lirik yang diubah suai untuk realme, penyanyi  MK K Clique dan Kidd Santhe turut hadir memeriahkan pelancaran..

“Kehadiran mereka dan lagu ini memenuhi konsep yang mahu diketengahkan realme dalam membawa satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami untuk melakar satu lagi kejayaan penting bagi permulaan tahun 2020,” ujar Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia pada majlis pelancaran realme 5i dan Buds Air yang berlangsung di EX8 Subang Jaya pada Selasa (14 Januari 2020).

Menurutnya, Buds Air merupakan produk IoT pertama realme, bahkan dengan menawarkan produk audio tanpa wayar ia memberikan kebebasan kepada pengguna mendengar muzik di mana sahaja.


Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. 

Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan. 

“Dengan transmisi dwimasa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. 

"Ini sudah pasti bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar,” tambah Tiffany.

realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation bagi mengenal pasti setiap perkataan sambil menyaring sebarang bunyi latar belakang. 

Contohnya, semasa pengguna membuat panggilan, suaranya akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. 

Sambil menggunakannya jangan risau tentang kehabisan bateri kerana realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam setelah pengecasan sepenuhnya dilakukan melalui kabel type-C.

Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semula jadi terintegrasi dengan telinga. 

MK-K Clique (empat dari kiri) dan Kidd Santhe bersama peminat produk Buds Air.

Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. 

Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca.

Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. 

Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca.

Menarik kan?

Tanpa mengeluarkan telefon kita bolehlah pandu dengan selamat sambil halwa telinga mendengar muzik dan mudah pula menjawab panggilan telefon hanya dengan beberapa sentuhan dengan jari ke Buds Air.

Lebih menarik ia boleh dimiliki pada harga RM299 sahaja tetapi  jika mahu membelinya pada harga istiimewa RM199, anda boleh memperolehnya melalui pembelian dalam talian pertama di Shopee pada 21 Januari ini sahaja

Selepas itu harga kembali kepada asal.


Beralih kepada telefon pintar terbaharu realme 5i pula, model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. 

Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya (RM599). Ia dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.

Berkaitan  prestasi kamera, realme 5i didatangkan  dengan quad kamera ultra lebar - 119 ° lensa sudut lebar (8 MP), kamera utama (12 MP), lensa potret (2 MP) dan lensa ultra makro (2 MP). 

Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak.

Bagi nilai estetik, realme 5i mempunyai reka bentuk 'Matahari' dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di industri. 

Hadir dalam  dua warna - Aqua Blue dan Forest Green,  telefon terbaharu ini boleh diperoleh melalui jualan online pertama di Lazada mulai 28 Januari 2020, manakala jualan di kedai  bermula 18 Januari.

Untuk maklumat lanjut berhubung spesifikasi penuh boleh ikuti laman facebook rasminya di https://www.facebook.com/realmeMalaysia atau Instagram  di  @realmemalaysia. - KitaReporters.com


2
0
0
0
0

Copy Link: