Dua ekor zirafah betina, Mas dan Melewar di  Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) 


Ramai rakyat Malaysia mempunyai kenangan manis melawat bandar bersejarah Taiping, mengunjungi Taman Tasik yang terkenal, Bukit Maxwell yang menarik, pelbagai makanan tempatan, dan juga Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) yang menghiburkan.

Pasti ramai yang akan gembira mendengar bahawa Yayasan Mr DIY telah melangkah untuk memberi sokongan kepada zoo yang berusia 60 tahun itu melalui inisiatif #DIY4Zoo, dengan pengambilan dan penajaan dua ekor zirafah, Mas yang berusia 18 tahun dan Melewar yang berusia 15 tahun, serta seekor harimau Malaya jantan berusia lima bulan yang diberi nama Puntum. 

Dana yang disediakan akan merangkumi keperluan harian haiwan-haiwan tersebut, termasuk makanan, ubat-ubatan, dan program pengayaan, serta penambahbaikan untuk kandang dan kemudahan zoo yang lain.


Harimau Malaya jantan berumur 3 tahun 5 bulan, Puntum


#DIY4Zoo adalah inisiatif khidmat komuniti oleh Yayasan Mr DIY. Yayasan tersebut yang ditubuhkan pada Jun 2023, komited untuk menghasilkan impak positif kepada rakyat Malaysia dengan memberi tumpuan kepada perlindungan alam sekitar, kesihatan, pembangunan kapasiti, dan pembangunan program seni dan budaya. 

Inisiatif #DIY4Zoo ini telah memberi sokongan yang sangat diperlukan kepada Zoo Negara dan Zoo Melaka, khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan haiwan, memperbaiki dan menyenggara kemudahan zoo, serta bekalan sumber-sumber asas.

Mengumumkan sumbangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mr DIY, Zaleha Mohd Mydin, berkata, "Sebagai satu-satunya zoo yang terletak di utara Semenanjung Malaysia, Zoo Taiping & Night Safari telah menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong selama beberapa dekad dan telah menjadi aset penting kepada komuniti di sini. 

"Yayasan Mr DIY komited terhadap tanggungjawab sosial dan kelestarian, dan kami melakukannya untuk menyokong komuniti dengan mempertingkatkan destinasi pelancongan utama yang juga mempunyai fungsi kedua untuk menambah nilai kepada komuniti tempatan dan memastikan kemakmuran berterusan untuk mereka. 

"Penajaan ini juga sejajar dengan misi ZTNS untuk memelihara hidupan liar dan habitat mereka. Persamaan nilai-nilai inilah yang menjadikan usaha sama ini begitu efektif." - KitaReporters/Kenyataan Media


Dari kiri: Khairul Amir Mohamad Zubir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping; Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah; Bukhari Mokhtar, Pengurus Besar Pengurusan Sumber Manusia, Kumpulan Mr DIY; dan Dr. Muhammad Ridhwan Affendi, Pengarah Zoo Taiping & Night Safari.

9
16
0
10
0

Copy Link: