Video| Pelik tapi benar! Nelayan tangkap ikan gergasi 4.8m! Tapi cetus kegusaran! Bawa tanda buruk!
Published byINSIDEN sungguh luar biasa berlaku kepada sekumpulan nelayan di Chile apabila berjaya menangkap seekor ikan gergasi sepanjang 4.8 meter, baru-baru ini.
Situasi unik itu menyebabkan masyarakat tempatan di bandar Arica di utara Chile pada 11 Julai 2022 lalu tidak melepaskan peluang untuk melihat secara dekat ikan tersebut yang jarang ditemui dan juga dikenali sebagai Oarfish.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan penangkapan ikan gergasi
Kumpulan nelayan berkenaan terpaksa menggunakan kren khas untuk mengangkatkan ikan gergasi berkenaan ke daratan.
Namun keterujaan melihat ikan luar biasa itu menimbulkan kegusaran penduduk tempatan di situ apabila mereka percaya kehadiran ikan pelik dan unik berkenaan dikaitkan dengan bencana yang tidak baik akan berlaku di kawasan tersebut.
Memetik portal dailystar.co, Oarfish juga turut digelar ‘King of The Herrings’ yang berjaya ditangkap berkenaan adalah sepanjang 4.8 meter. Malah masayarkat setempat percaya kehadiran spesies ikan berkenaan membawa petanda buruk.
Menerusi aplikasi TikTok yang dikongsi penduduk tempatan menunjukkan ikan yang panjang dan bertulang itu dicangkuk di kepala ketika kumpulan nelayan memindahkannya ke darat.
Video tular berkenaan mendapat perhatian lebih 10 juta pengguna.
Namun ia turut menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan yang melahirkan rasa bimbang dengan penemuannya berikutan petanda buruk gempa bumi yang dahsyat mungkin berlaku.
Mereka mendakwa pada 2011, spesies berkenaan pernah timbul dalam kuantiti yang banyak sebelum berlaku kejadian gempa bumi di Fukushima. - KitaReporters