Semoga berjaya! 5 remaja wakili Malaysia! Cabaran robotik antarabangsa! 180 negara ambil bahagian!
Published byLIMA pelajar siap siaga untuk kejutan dalam pertandingan robotik di Geneva, Switzerland. - Kredit foto: Instagram firstglobal.malaysia
PERASAAN berdebar dan gementar semakin dirasai empat pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki yang berusia 15 dan 16 tahun apabila mereka bakal beraksi di pentas antarabangsa pada satu pertandingan robotik peringkat antarabangsa di Switzerland. Sebanyak 180 buah negara akan mengambil bahagian.
Mampukah mereka dari Terengganu dan Johor muncul juara, sekali gus mengharumkan nama negara dalam pertandingan tersebut?
Bagaikan seperti sebuah pasukan (team) dalam siri drama penyiasatan Hollywood ‘Charlie’s Angles’ yang mempunyai misi dan tugasan penting untuk diselesaikan.
Walaupun apa pun cabarannya yang mendatang, perkara pokok adalah semangat kekitaan (negara) iaitu Malaysia Boleh!
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dunia teknologi robot
Empat pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki yang berusia 15 dan 16 tahun menjadi wakil Malaysia ke FIRST Global Challenge di Geneva, Switzerland.
Kumpulan lima pelajar itu dipilih untuk mewakili negara ke cabaran robotik antarabangsa, For Inspiration and Recognition of Science and Technology (FIRST) Global Challenge di Geneva, Switzerland dari 13 Oktober hingga 16 Oktober 2022.
Pasukan ini dianggotai Nur Alia Sofiah Zainordin (16) sebagai Kapten Pasukan, Lidya Marlynda Mohd Shah (15) sebagai Duta Pasukan, Muhammad Ammar Akhmal Abd Wa’fa (15) sebagai Pengatur cara, Khayra Zokree (15) sebagai Pengarang media dan Nor Khairiah Omar (15) sebagai Ketua Dokumentasi.
Mereka juga turut dibantu oleh dua orang mentor atau ‘sifu’ iaitu Ahmad Ridhuan Azman dan Nur Nadirah Mohd Roslan yang secara tidak langsung terlibat dalam memberi panduan, khidmat nasihat serta pemberi semangat dan sokongan dalam pertandingan itu.
Beberapa siri ujian akhir robotik perlu dilakukan oleh para pelajar sebelum mereka berada dalam pertandingan yang sebenar nanti.
Reka bentuk kreatif merupakan antara ciri-ciri penting diberi keutamaan oleh para juri dalam pertandingan robotik antarabangsa sebelum mereka dinobatkan sebagai juara.
Kejohanan tahunan dengan gaya ala Olimpik untuk robotik ini mengumpulkan pasukan berusia 15 hingga 17 tahun dari seluruh dunia.
Robotics Learning (M) Sdn Bhd merupakan rakan kongsi rasmi FIRST Global di Malaysia dan bertanggungjawab untuk membawa pasukan (Malaysia) ke kejohanan tersebut.
Memetik kenyataan yang dibuat, untuk pemilihan tahun 2022 ini, Robotics Learning telah memilih pelajar-pelajar berdasarkan kriteria-kriteria serta pencapaian keseluruhan pelajar tersebut bertanding di beberapa kejohanan robotik sebelum ini.
Setiap pelajar yang terpilih mempunyai kebolehan dan skil tersendiri termasuklah robot programming (pemprograman robotik) menggunakan bahasa (komputer) JavaScript, pengetahuan asas mekanikal dan kemahiran serta kreatif dalam rekaan robot.
Ilylia Kamaruzaman
Pengarah Program FIRST GLOBAL Malaysia, Ilylia Kamaruzaman mempunyai keyakinan tinggi terhadap pemilihan pasukan Malaysia (tahun 2022 ini) dan menggalakkan lagi penyertaan daripada pelajar-pelajar perempuan.
Beliau berkata, mereka (peserta pertandingan) begitu
komited, rajin dan bersemangat dalam melakukan tugasan dan latihan sebagai persediaan
menghadapi kejohanan besar seperti itu.
Para remaja ini juga sanggup menghabiskan masa sehingga 12
jam sehari demi memastikan segala persiapan termasuk peralatan dan perkakasan (robot)
berfungsi dalam keadaan baik dan lancar.
“Kami bangga dengan pasukan Malaysia dan para mentor
sentiasa berusaha dalam mencari dana, meningkatkan kesedaran dan memberi
inspirasi kepada anak muda dalam komuniti walaupun berdepan dengan pelbagai
cabaran selepas pandemik yang melanda negara.
“Kami yakin pasukan ini akan harumkan nama Malaysia. Peningkatan jumlah wakil perempuan dalam Team Malaysia tahun ini sedikit sebanyak mampu menggalakkan lebih ramai pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang robotik, satu bidang yang didominasi pelajar lelaki sebelum ini," kata Ilylia dalam rancangan sebuah televisyen tempatan (29 September 2022).
FIRST adalah pertandingan untuk remaja berusia antara15 hingga 17 tahun dari pelbagai negara.
Kejohanan ini pertama kali dianjurkan pada 2017 membabitkan komuniti 196 negara terdiri daripada pelajar, guru, mentor,dan sekolah; dengan menggunakan subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai asas dalam pembikinan robot. - KitaReporters
Semangat berpasukan atau 'team work' menjadi kunci kejayaan bagi sesebuah pasukan untuk meraih kejayaan dalam sesuatu pertandingan dalam dan luar negara.
Sumber:
https://www.instagram.com/firstglobal.malaysia/?utm_source=ig_embed&ig_rid=f8c681f3-cbab-4b30-996d-6441b6ba18c1