Panadol kekal 5 tahun dalam badan? Ini jawapan Dr. Amalina

Published by
KitaReporters

MUNGKIN kita sudah biasa mendengar petua daripada orang sebelum ini yang sering berkata sesuatu perkara mengenai ubat di samping kesannya apabila makan atau diambil. Maka, orang mula menyampaikan kepada orang lain pula dan lama kelamaan, ia menjadi seperti penyampaian turun menurun tanpa pasti kesahihan petua tersebut. : KitaReporters


Dr. Amalina yang aktif dalam Twitter acap kali menjawab soalan perihal kesihatan yang sering diajukan oleh netizen mahupun pengikutnya.

Baru-baru ini, beliau dapat soalan yang dikatakan Panadol yang dimakan itu akan kekal dalam badan manusia selama 5 tahun. Persoalannya betul ke?

Kredit: Twitter Dr. Amalina 


Dr. Amalina telah menyangkal teori tersebut dan menyatakan bahawa Panadol yang dimakan itu hanya akan kekal beberapa jam sahaja sebelum ia diproses.

Malah setiap daripada kita ada had dia ambil Panadol ini agar tak terlebih dos.

Kalau terlebih dos? Dua je kemungkinan, ke hospital atau emm, fikirkan sendiri la!!! 

Kredit: Twitter Dr. Amalina 


Bagi anda yang kurang yakin lagi dengan apa yang dikatakan oleh beliau, sila baca bahan yang diberikan oleh Dr Amalina mengenai Panadol ini.



Jadi, jika anda ingin berkongsi mana-mana tip pastikan ia sahih dan bermanfaat.

Tidak yakin, tanya kepada yang pakar. Tak rugi kita banyak bertanya. Lagi banyak tanya lagi banyak ilmu kita dapat. - KitaReporters

3
0
0
0
0

Copy Link: