KEBAKARAN membabitkan 38 buah rumah dan kilang di Kelurahan Tumban Rungan akibat perbuatan seorang nelayan yang bergaduh dengan isterinya pada 3 Ogos 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


GARA-GARA dituduh berselingkuh (hubungan intim) dengan wanita lain menyebabkan seorang nelayan dalam keadaan mabuk naik berang selepas bergaduh dengan isterinya sehingga sanggup membakar rumahnya sendiri sebelum api merebak serta membakar sejumlah 38 buah kilang dan rumah warga berdekatan di Palangkaraya,  Kalimantan Tengah.

Kebakaran yang berlaku di Kelurahan Tumban Rungan, Kacamatan Pahandut, Palangkaraya, Kalteng pada 3 Ogos 2021 itu dan dimarakkan lagi oleh angin kencang mengakibatkan semua bangunan terbabit musnah.


Lagi cerita-cerita tragedi dan jenayah berkaitan kebakaran

ABD yang membakar rumahnya sendiri.


Dipetik laporan TribunWow.com pada 5 Ogos 2021 berkata, kebakaran itu berpunca daripada seorang nelayan bernama ABD, 46, yang membakar rumahnya sendiri selepas bergaduh dengan isteri yang bernama N, 43.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dari daerah Palangkaraya itu mengambil masa lima jam dengan menggunakan 15 buah jenteranya untuk memadam kebakaran tersebut dari merebak ke kawasan lain.


Kredit Foto : Tribunnews.com



Sebelum kejadian itu, ABD dikatakan minum minuman keras bersama rakan-rakannya dan apabila selesai minum, ABD pulang ke rumahnya. 

Sebaik sahaja tiba di rumahnya, ABD dikatakan bergaduh dengan isterinya yang berpunca kerana N menuduh suaminya ada hubungan selingkuh dengan wanita lain selain sedikit masalah rumah tangga mereka.

ABD tidak dapat menerima tuduhan isterinya itu lalu menyebabkan pergaduhan besar. 

Pertengkaran pasangan suami isteri itu menjadi semakin panas lalu ABD naik berang berserta dengan mabuk, dia bertindak menyiram minyak petrol ke tilam di rumahnya sebelum membakarnya.


SALAH sebuah daripada 15 jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat dari daerah Palangkaraya yang tiba untuk memadam api kebakaran di rumah warga Kelurahan Tumban Rungan. - Kredit foto: Tribunnews.com


Akibat kebakaran rumah nelayan itu, api turut merebak ke rumah-rumah jiran dan kilang berhampiran ekoran tiupan angin kencang ketika itu.

Kebakaran 38 rumah dan kilang termasuk rumah nelayan itu tanpa meragut nyawa akibat perbalahan sepasang suami isteri berkenaan mengakibatkan 135 warga daripada 35 keluarga kehilangan tempat tinggal dan mereka terpaksa menumpang rumah saudara mara di situ.


Kredit Foto : Tribunnews.com


Ketua Polis Daerah Palangkaraya, Kombes Pol Sandi Alfadien Mustofa mengakui kebakaran tersebut disebabkan pertengkaran suami isteri berkenaan.

Beliau berkata, pertengkaran berlaku kerana nelayan itu marah selepas isterinya menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain di kawasan itu.

``Dalam keadaan mabuk, ABD tidak dapat mengawal perasaan sebelum dia sanggup membakar rumahnya sendiri dan ketika kejadian itu isterinya pula belum memasak nasi lagi.

``Suspek kini sudah ditahan polis dan akan didakwa di bawah Pasal 187 dan 188 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) yang membawa hukuman penjara selama 12 tahun,’’ kata Sandi.


Kredit Foto :Tribunnews.com


Sementara itu, ABD telah memohon maaf kepada mangsa-mangsa kebakaran itu kerana dia tidak berniat untuk membakar rumah-rumah dan kilang warga desa itu.

Sebaliknya, katanya, pada awalnya semasa bergaduh dengan isterinya dalam keadaan mabuk itu, dia  hanya mahu membakar rumahnya sendiri sahaja tetapi tidak sangka pula api yang marak nyala membakar rumahnya telah merebak ke bangunan-bangunan berhampiran. - KitaReporters


Kredit Foto : Tribunnews. com

0
2
3
1
1

Copy Link: